Wednesday, October 14, 2009

gajet kesayangan aku...


sekadar ingin berkongsi...
sepanjang hidup kita mungkin kita ada pernah ingin memiliki gajet sendiri bukan?
sama la seperti aku. bagi aku, memiliki sesuatu gajet itu bukan untuk menunjuk2 atau berasa bangga. bagi aku memiliki sesuatu itu gajet merupakan satu jenis kepuasan atau impian jadi kenyataan.
aku masih lg teringat zaman kanak2 aku dulu, aku banyaklah berangan atau menyimpan hasrat untuk memiliki pelbagai jenis gajet namun hajat tu hanya kesampaian bile umur aku dah mencecah 20 tahun.
xpela... sekurang2nya merasa gk.
ok sekarang aku nk tunjuk kt korang antara gajet yang aku dah ada sekarang ni.

ok yang ni camcorder samsung SC-DX205. aku telah memiliki gajet ini lebih kurang 3 bulan yang lalu. camcorder ni menggunakan DVD sebagai bahan storage dan mempunyai kualiti gambar yang boleh dibanggakan. dengan menggunakan lens berteknologikan Schneider Kreuznach, ia mampu mengambil gambar dengan kualiti yang baik. fungsi zoom-in dan zoom-out dalam camcorder ini juga boleh dibanggakan kerana gambar masih lagi jelas walaupun pada jarak yang jauh. dengan kebolehan pembesaran gambar sebanyak 34x, anda tidak perlu berada pada jarak yang terlampau dekat untuk merakam video.


selain daripada menggunakan DVD, camcorder ini juga menggunakan kad memori sebagai bahan storage. namun, penggunaan memori kad tidak digalakkan kerana kualiti rakaman akan terjejas.
kebolehan camcorder ini bukan sahaja mampu mengambil rakaman dengan kualiti yang baik, malah fungsinya dalam merakam bunyi juga agak baik. dengan teknologi dolby digital stereo creator, kebolehan merakam suara camcorder ini amat baik, sehinggakan rakaman suara masih boleh diambil dari jarak yang jauh.
selain fungsinya yang baik dari segi merakam video dan suara, camcorder ini juga berkebolehan dalam menangkap imej foto. dengan menggunakan kad memori sebagai bahan storage, gajet ini mampu menangkap gambar pada kualiti yang masih boleh dibanggakan.
namun, terdapat beberapa kelemahan yang aku dapat lihat antaranya dari segi penyimpanan fail rakaman dalam bentuk DVD menyukarkan proses mengedit gambar disamping tempoh masa yang lama untuk memindahkan fail rakaman ke dalam komputer.
secara keseluruhannya, aku amat berpuas hati menggunakan gajet ini kerana ia masih mementingkan kualiti disamping reka bentuknya yang agak berstail. disamping itu, harganya yang murah mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.


ok, seterusnya aku ingin menunjukkan sebuah lagi gajet yang amat aku dah pun miliki iaitu kamera digital kodak M753. kamera ini telah pun aku miliki sejak 3 tahun yang lalu.
fungsi kamera digital ini sama sahaja dengan kamera2 digital yang ada dipasaran sekarang ni. cuma satu perkara sahaja yang aku tertarik dengan gajet ini kerana sepanjang aku gunakannya, aku dapati gajet ini amat lasak. sebagai contoh walaupun sudah banyak kali jatuh, ia masih dalam keadaan yang baik. selain itu, bateri yang digunakan masih dalam keadaan yang baik walaupun dah lama digunakan.


kelemahan yang aku lihat ialah dari segi kualiti gambar yang diambil. aku dapati semakin lama aku gunakan kamera ni kualiti gambar semakin lama semakin rendah. sampai sekarang aku masih tertanya2 mengapa ini boleh terjadi? kalau kawan2 ada jawapannya bolehlah kalau nak kongsi2... :p

1 comment:

  1. nak tanye lah..sikit....saye ada minat beli benda ni....dengan optical zoom 34x berapa meter atau kilometer agak2,jarak object boleh sampai di depan mata kite...
    yelah...ada gajet pon...laptop and handset je....yang zoom2 ni tak paham langsung....saye suke la..tengok2 bende dari jauh tapi pasal harge lah...sampai umur camni pun tak dapat lagi....ow...

    ReplyDelete