Monday, October 19, 2009

terima kasih kawan....



sejak aku bergiat aktif dengan dunia internet ni (wireless kt umah), kebanyakan masa aku habis di depan laptop. antara laman2 atau program yg akan automatik on dulu adalah facebook aku, ym (yahoo messenger) aku, dan sejak akhir ni blogla.
utk post kali ni aku nak cerita sikit pasal aktiviti ym aku. aku tertarik dengan sorang kawan aku ni. x perlu lah nak dijelaskan namanya kerana salah satu kaedah pendekatan dakwahnya adalah melalui saluran ini.
bagaimana?
beliau merupakan salah seorang penuntut universiti terkemu
ka di Jordan (universiti yarmouk x silap aku). beliau memang terkenal dengan sifatnya yang sempoi tapi penuh dengan makna tersirat. aku amat selesa berkawan dengan beliau. dengan menggunakan ym ni, beliau akan menghantar pelbagai hadith2 yang berkaitan dengan kehidupan harian kita sebagai seorang muslim.
berikut merupakan beberapa potong hadith yang sempat saya save sepanjang berhubungan dengan beliau.


Daripada Usman r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mengerjakan solat Isya' dengan berjemaah, maka seolah-olah ia mendirikan solat separuh malam dan barangsiapa yang mengerjakan solat Subuh dengan berjemaah, maka seolah-olah ia mendirikan shalat semalam suntuk." (Riwayat Muslim)


Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Shalat jamaah adalah lebih utama dari shalat fadz - yakni sendirian -dengan kelebihan dua puluh tujuh darjat." (Muttafaq 'alaih)


Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, nescayalah aku bermaksud menyuruh supaya dicarikan kayu bakar, kemudian bersolat sesudah diazankannya. Lalu aku ingin menyuruh seseorang lelaki untuk menjadi imam untuk orang ramai. Lalu aku pergi ke tempat orang-orang lelaki - yang tidak ikut berjamaah - untuk membakar rumah-rumah mereka itu." (Muttafaq 'alaih)


Daripada Buraidah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Ikatan perjanjian antara kita (yaitu kaum Muslimin) dan mereka(iaitu kaum munafikin) ialah solat. Maka barangsiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya kafirlah ia." Riwayat

Tirmizi, hassan sahih


Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama yang seseorang itu dihisab dengannya ialah solatnya, maka jikalau baik solatnya itu, sesungguhnya berbahagialah dan beruntunglah ia dan jikalau rosak, sesungguhnya menyesal dan rugilah ia." "Jikalau seseorang itu ada kekurangan dari sesuatu amalan wajibnya, maka Tuhan Azzawajalla berfirman: 'Periksalah olehmu semua (hai malaikat), apakah hambaKu itu mempunyai amalan yang sunnah.' Maka dengan amalan yang sunnah itulah ditutupnya kekurangan amalan wajibnya." "Kemudian cara memperhitungkan amalan-amalan lainnya itupun seperti cara memperhitungkan amalan solat ini." Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

bagus kan?

sekarang aku nak tengok situasi sekarang ni. kita sedia maklum yang iman umat islam makin lama makin sedikit. bukan nak cakap oranglah, ni reflek diri sebenarnya. pernahkah kita terfikir nak mencari hadith2 seperti diatas? ada x inisiatif kita nak kembangkan islam seperti kawan kita ni? aku sering mengingati diri ku supaya jangan sekali-kali mengasingkan islam dalam kehidupan seharian aku. kalau niat kita baik insyaAllah perkara yang kita lakukan akan diterima sebagai ibadah. jom kawan2... kalau cam surau tu kosong je, apa kata penuh2kn. ada kuliah, apa salahnya dengar kejap. kalau nak harapkan belajar dalam kuliah aku rasa dah x ada dah. kecualilah mereka yang mengambil subjek agama. sedih gak bila tengok hujah2 agama dipermainkan. kadang2 ada yang bercakap mengalahkan ustaz. dari segi amalan, hampeh!

aku menulis sekadar ingin mengingati diri... insyaAllah~

terima kasih kawan~

No comments:

Post a Comment