Tuesday, November 3, 2009

bangunlah... tak takut ke?


assalamualaikum...

"apa2
yang kita buat jangan lupa solat. InsyaAllah tak buat jahat"

tiba2 sahaja aku teringat pesanan mak aku tiap2 kali aku nak balik institut. pesanan yang cukup ringkas dan mendalam jika aku cuba kaji. apa rasionalnya mak cakap macam tu? walaupun aku bukanlah dari keluarga yang berlatar belakangkan agama, namun aku sedar ibu bapaku sangat prihatin dengan soal agama. Alhamdulillah...

aku bersyukur kerana selama ini aku tidak pernah diuji dengan perkara2 yang tidak mampu aku tempuh. apa2 yang aku lakukan pesanan mak menjadi tunjang. aku bukanlah seorang yang arif dalam bidang agama. aku suka mencari dan aku sering diuji. ada perkara yang aku tewas dan ada juga yang aku berjaya tempuh. sekali lagi... Alhamdulillah... aku masih mampu menjalankan tugas aku sebagai seorang khalifah di atas muka bumi Allah ini. ya Allah... kau kuatkanlah hambaMu ini....

berkenaan dengan tajuk yang aku tulis hanyalah sekadar ingin rakan2 sama berfikir, apakah kita selama ini terfikir apakah kepentingan solat? aku rasa rakan2 ramai yang telah lama arif dengan perkara ini. oleh itu aku nak highlight beberapa perkara tentang solat. hari demi hari aku mencari solat yang sempurna. aku sedar banyak cacat celanya solat aku. bermula daripada soal whudu' sehinggalah bab2 perkara2 yang boleh membatalkan solat. namun, bagi aku perkara itu terlampau berat untuk dibincangkan. lebih2 lagi aku ni seorang yang kurang arif mengenai hal2 seperti ini.

zaman sekarang jika ditanya mengenai soal agama kepada sesiapa pun kebanyakan mereka mampu mengeluarkan hujah masing2. dari segi penghayatan bagaimana pula? tau solat itu wajib, tapi kenapa masih tak solat? tau dosa meninggalkan solat adalah azab yang perit. tak takut kah? lalu aku terfikir, bagaimana cara nak mentarbiah golongan2 seperti ini? ya... susah. aku tau.. oleh itu aku harap kita sendiri bermuhasabah diri. sambil2 tu aku pun sama2 memperingati diri.

berikut merupakan hasil pemerhatian aku selama ini. dalam banyak2 solat wajib, solat yang paling berat untuk dilakukan ialah solat subuh. kenapa solat subuh? waktu subuhlah waktu yang paling sedap tidur. lebih2 lagi akibat kurang tidur atau pun memang dah tak kesah pun. nauzubillah~ tahukah korang Rasulullah ada membuat klasifikasi untuk membezakan antara orang mukmin dan orang munafik.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra, ia berkata, “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya meskipun dalam keadaan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh melaksanakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat bersama orang-orang. Kemudian beberapa laki-laki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang terikat, mendatangi satu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah, sehingga aku bakar
rumah mereka.
(HR Bukhairi dan Muslim).

dalam hadith diatas dapat disimpulkan bahawa beza diantara orang mukmin dengan orang munafik adalah mereka yang berat untuk mendirikan solat subuh dan isyak. ya Allah, janganlah kau masukkan aku dalam golongan tersebut. hadith diatas juga menunjukkan betapa besarnya ganjaran mendirikan solat subuh dan solat isyak.

terdapat banyak hadith Rasulullah yang menceritakan kelebihan mendirikan solat subuh.

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT
dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.”
(Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah amat menekankan solat subuh sehingga Rasulullah berkata orang mendirikan solat subuh berada dalam jaminan Allah. senang cerita apa2 yang kita lakukan kalau tanpa iringan solat tiada jaminan perkara yang kita lakukan itu berkat ataupun mungkin tak berjaya pun. bahkan mungkin kita akan lari jauh dari Allah... mudah-mudahan tidak berlaku.

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.”
(Hadis riwayat Muslim).

hadith diatas pula menceritakan perumpaan bagi orang yang mengerjakan solat subuh dan solat isyak.

Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).”
(Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

ini satu perkara yang amat sukar untuk dilakukan. sedarlah rakan2. solatlah diawal waktu. latihlah diri untuk bangun. aku tau perkara ini susah. namun tiada yang mustahil jika kita ada kesedaran untuk berubah. janganlah biarkan laungan alarm handphone hanya sekadar penyeri waktu2 subuh anda. betulkan niat masing2. kalau yang mampu pergilah surau untuk sama2 solat subuh berjemaah. insyaallah ganjaran yang amat besar menanti rakan2 semua. aku menulis kerana aku ingin berubah. masih banyak yang aku tak tau. sama2 lah kita berubah. apa salahnya berkongsi sedikit yang aku tau ni.

wallahua'lam~

No comments:

Post a Comment