Friday, December 18, 2009

salam maal hijrah (1431H)


Assalamualaikum w.b.t

rasa terpanggil aku untuk menulis kali ni untuk menceritakan senario yang terjadi ketika ini. bila mana umat kita menjadi semakin jauh daripada islam sedangkan rakan2 kita yang beragama lain rancak mempersoalkan kewibawaan umatnya sebagai seorang muslim yang beriman.

sebagaimana yang kita tahu, semalam merupakan hari terakhir kita dalam tahun 1430H dan hari ni merupakan hari pertama kita untuk tahun 1431H. Alhamdulillah~ aku masih sedar akan kewujudan tarikh tersebut dan aku berkesempatan untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun sebagai tanda menghormati hari tersebut.

apa yang aku ingin katakan disini ialah, tidak ramai diantara kita terutamanya umat islam sendiri yang sedar akan kehadiran tarikh tersebut. kalau nak ditanya, mereka lebih mengetahui semalam merupakan tarikh keramat dimana pasukan Malaysia berjaya memenangi emas dalam acara bola sepak dalam kejohanan sukan sea di laos berbanding hari berakhirnya kalendar hijrah 1430H dan menandakan bermulanya kalendar baru tahun 1431H. hinggakan ada diantara mereka yang tidak tahu pada tahun berapakah mereka berada sekarang (dalam kalendar hijrah).

situasi ini berlaku sendiri ditempat kerja saya. seorang staf melayu pizza hut ni, ahmad (bukan nama sebenar) yang baru sahaja datang selepas waktu rehat tiba2 menjerit mengatakan "Malaysia emas bola sepak!!". saya terkejut kerana sebelum itu saya sempat juga menonton perlawanan tersebut namun saya tidak sempat untuk melihat perlawanan tersebut sehingga tamat. tiba2 ia menjadi topik perbualan yang rancak ketika itu. sedang mereka sedang rancak menceritakan hal tersebut, tiba2 ah chong (bukan nama sebenar) menyampuk "selamat tahun baru melayu!!". aku sedar apa yang dia maksudkannya dan menunggu sahaja respon daripada ahmad. ternyata ahmad tidak sedar langsung kehadiran tahun baru maal hijrah ni. bila saya betulkan, barulah ahmad sedar apa yang dimaksudkan oleh ah chong ni. disini, walaupun ah chong bukan beragama islam, dia sedar kehadiran tahun baru islam. tak malu kah kita sebagai
umat islam yang langsung tidak sedar perkara ini? jom berubah!!


menyebut soal berubah ni, kita sering kali menyambut tahun baru dengan azam tahun baru. apakah azam tahun baru kita pada tahun ini? adakah azam tahun baru ini kita nak jadi sama sepertimana kita yang sebelumnya? pentingkah untuk kita mempunyai azam baru? pagi ini aku sempat menonton MHI di tv3 yang membincangkan mengenai hijrah dengan erti kata lain perubahan. panel yang dijemput untuk membincangkan topik "hijrah" tersebut merupakan salah seorang tokoh pendakwah dan juga blogger yang amat aku kagumi iaitu ustaz Hasrizal Abdul Jamil. beliau merupakan seorang pendakwah bebas yang juga pengendali blog dakwah saifulislam.com yang seringkali saya lawati. dalam slot perbincangan tersebut ustaz ada membincangkan mengenai konsep "percaya untuk berjaya". ustaz menekankan akan kepentingan untuk berubah dimana hijrah merupakan titik permulaan kita mencapai ke satu tahap yang lebih tinggi dalam diri kita. beliau juga ada menceritakan sedikit mengenai sejarah kegemilangan islam diwaktu zaman pemerintahan sultan muhammad al-fateh yang berjaya menawan kerajaan terhebat ketika itu dalam penyebaran agama islam. beliau menceritakan bagaimana penantian selama lebih 800 tahun berbekalkan kata2 semangat untuk merealisasikan kata2 daripada Rasulullah dalam hadisnya yang berbunyi

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

menjadi pegangan oleh sultan muhammad al-fateh ketika itu. kejayaan ini berbekalkan kepercayaan yang teguh dengan islam dan semangat "percaya untuk berjaya" yang tinggi dalam dirinya.

oleh itu, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru maal hijrah 1431H kepada semua sahabat yang mengenali diri ini. sama2lah kita berusaha untuk memperbaiki diri dengan mencapai satu tahap yang lebih tinggi dan lebih baik dalam diri kita. kita tidak mempunyai pilihan kerana syurga Allah menanti untuk orang2 yang hebat. hanya mereka yang hebat layak untuk mendambakan syurga Allah.

tiba2 teringat iklan kat tv "kami generasi hebat! anda pula bagaimana?". selingan sahaja~~

Assalamualaikum~~ (^o^)/

No comments:

Post a Comment