Tuesday, January 12, 2010

destinasi bajet di awal semester...

Assalamualaikum...

nak cerita sedikit pasal aktiviti aku sabtu dan ahad lepas. dengan anggaran rm50 seorang percayakah anda mampu menikmati percutian berbaloi-baloi 2 hari 1 malam di beberapa tempat menarik di malaysia? haha... main2 je. tapi memang tu anggaran asal perbelanjaan kami ketika menyaksikan perlawanan pembukaan liga super malaysia diantara negeri sembilan dan selangor di stadium paroi negeri sembilan (tapi terlebih bajet bila nafsu menguasai diri... adeh). perlawanan yang juga merebut piala sumbangsih itu memberi seribu satu pengalaman yang menarik dan bermakna buat aku.

kami berlima (aku, anwar, umair, hafiz dan hazim) bertolak dari ipoh pada pukul 2 petang dan berhenti di seremban untuk solat asar pada pukul 5 petang. kami tiba di stadium paroi pada pukul 6 lebih kalau tak silap aku la. sampai2 terus hafiz bawa kitorang pergi makan burger kat tempat feveret area paroi tu. sempatla makan oblong paroi. memang sedap... hihi. pastu cerita lepas2 tu tengok la gambar bawah ni. penat upload tau...



sampai2 kat stadium kami pergi usya2 baju jap. tak sangka plak banyak gerai macam ni.

mula2 tengok2 je lepas tu?



pakcik ni tekun je... sempat posing depan kamera... sori bos!

masa ni tak beli jersey lagi tapi dah aim satu tu... haha

kat dalam stadium paroi... penuh!!!

sempat tangkap gambar dengan baju baru... haha

gambar ni snap lepas selangor menang... syok!!!

hik3...

gelagat penonton bila dapat pegang piala... macam2 perangai... nak tau korang pegilah tengok...

pemain2 yang telah membanggakan negeri aku...
malam tu kami tidur di rumah hazim di sepang. pakej sampingan kami bermula disana... sebelum tidur kami dihidangkan makanan yang sangat best oleh parent hazim. sedap... kenyang... Alhamdulillah...
keesokan harinya kami menyambung perjalanan untuk pulang ke ipoh pada pukul11 pagi (maklumlah semalam penat sangat bersorak... masing2 sambung tidur lepas subuh... haha). perjalanan kami yang menarik bersambung apabila kami terlajak sehingga memasuki putrajaya. tengokla gambar2 bawah ni.

singgah di masjid besi (masjid sultan mizan)



terkesima kejap. senibina futuristik... chewah....



menarik bukan?


perkarangan masjid yang menarik...



selangor fanz!!

nampak tak ironi kat situ. selangor 2 n9 1... hehe sori pis...





subhanallah~





kat sini memang tenang...











aku buat apa tu?



nampak nostalgia je...


ha... tu je aku nak cerita kali ni. percutian yang sangat best. bajet ciput... kenangan mengikuti suasana perlawanan yang besar, makan oblong spesial kat paroi, baju jersey selangor yang cambest, makanan mak hazim (ustaz) yang sedap dan banyak... kenyang, jalan2 kat putrajaya, singgah kat masjid besi dan lain2 lagi. tu kami je yang tau... haha. i'll never forget that moment...


duit abes.... haha!! (^o^)/ adios~

1 comment: