Thursday, February 25, 2010

kedamaian yang di cari...


Assalamualaikum~

setiap makhluk di atas muka bumi yang bergelar manusia sering kali dibebani dengan pelbagai bentuk masalah. masalah yang sering dihadapi perlu diurus dengan berkesan agar ianya tidak membawa kepada bebanan yang lebih besar kelak. agama islam ada menerangkan pelbagai cara berkesan dalam menghadapi masalah ini. pernahkah anda menghadapi tekanan atau mengalami masalah yang besar dalam kehidupan sehari2 dan bagaimanakah anda mengatasinya?

semalam sempat aku mencari2 sedikit maklumat mengenai tips2 yang boleh kita gunakan dalam menghadapi tekanan terutamanya " in islamic way". banyak maklumat yang aku perolehi dan antaranya ialah:

TIPS-TIPS MENGATASI TEKANAN DENGAN CARA ISLAM

· Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Nescaya jiwa akan menjadi tenang

· Perbanyakkan membaca Al-Quran

Jadikanlah Al-Quran teman yang paling akrab dan di baca setiap masa.

· Banyakkan Solat Sunat

Bangunlah pada sepertiga malam menunaikan ibadat sunat agar mendapat ketenangan jiwa dan memperoleh kekuatan daripada Allah.

· Selalu berdoa kepada Allah

"Dan Tuhanmu berfirman,"Berdoalah kepadaKU, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKU akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina"

(Surah Al-Mu'min ayat 60 )

· Bersangka baik dengan Allah

Tabahlah dengan ujianNya. Sesungguh ujian Allah itu dating untuk menguji keimanan kita terhadapNya.

· Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Badan cergas membentuk otak yang cerdas.

· Amal diet dengan disiplin yang kuat

Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Makan mengikut waktu dan kuantiti yang berpatutan.

· Menangis dengan sepuas hati

Sikap cuba menyimpan perasaan hanya membuatkan hidup kita lebih merana.

· Hargai kebolehan diri sendiri

· Cintai diri sendiri

“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”

HADITH

sekian, sedikit perkongsian dari aku. apa yangbaik bolehlah diamalkan. insyaAllah kat situ pun ketenangan akan muncul.

*apa yang baik datang dari Allah dan segala kelemahan adalah diatas kelemahan aku sebagai insan biasa... (^o^)/

1 comment: