Sunday, March 7, 2010

barokah...

Assalamualaikum~

tiba2 aku teringat pengalaman manis aku mengikuti pengajian di salah sebuah sekolah pondok di melaka pada penghujung tahun 2008. sekolah pondok yang diberi nama Baitul Qura' itu ada mengadakan sedikit pengajian untuk pelajar2 IPT pada cuti akhir semester.

pengajian yang ternyata mendapat sambutan daripada pelajar2 IPT seluruh malaysia itu ternyata memberi seribu satu pengalaman kepada aku yang masih lemah dalam bidang agama ni. niat aku datang selain untuk menuntut ilmu agama, aku ingin merasai sendiri suasana pengajian di sekolah pondok.

satu perkara yang tak dapat aku lupakan sehingga kini ialah pengalaman ketika tiba waktu makan. pernahkah anda merasai suasana atau mengalami sendiri situasi di mana sebanyak mana makanan yang anda jamah masih lagi tak cukup walaupun telah beberapa kali anda tambah? mesti pernah kan? tambah dua tiga kali masih berasa lapar. ada orang cakap "ni mesti makan tak baca Bismillah." bila difikir2kan balik ada juga kebenarannya. =p

baiklah kembali kepada cerita aku kat sekolah pondok tadi. seperti biasa giliran untuk menyediakan makanan akan ditentukan mengikut jadual yang telah disediakan. hari pertama aku kat sana memang tak termasuk dalam jadual menyediakan juadah lagi. jadi bila sampai sahaja waktu makan, aku dan sahabat2 lain menuju ke asrama/rumah penginapan untuk mengambil juadah masing2. menu untuk makan malam pada hari tersebut ialah ikan masak kicap dengan sayur kalau tak silap aku. setibanya di tempat yang dimaksudkan hati aku tiba2 berasa terharu seketika apabila melihat juadah yang akan aku makan. sebuah talam dengan jumlah nasi yang agak banyak dan seekor ikan kembung 'comel' ditengah2 lambakan nasi tadi.

kalau nak diikutkan hati memang aku dah mengalirkan air mata kat situ jugak, tapi hati keras aku ni masih degil. sebak seketika dan mula berkumpul untuk mengambil tempat masing2. satu talam untuk dikongsi seramai 5-7 orang. aku hanya memerhati gelagat sahabat2 yang lain. maklumlah tak pernah mengalami suasana macam tu. segala2nya mengikut sunnah, dari cara duduk, penggunaan tiga jari ketika makan dan membaca doa beramai-ramai. memang kekoklah kalau nak ikot cara Rasulullah duduk ketika makan, tapi aku cuba. seronok... betapa indahnya suasana ketika itu.

pengalaman yang memang bermakna bagi aku. makanan yang kalau diperhatikan memang macam tak cukup tadi habis. ikan kembung 'comel' tadi cukup untuk semua orang. apabila aku tanya diri aku sendiri "kenyang tak?" aku akan jawab "Alhamdulillah... kenyang. sedap...". inikah yang dikatakan barokah/berkat daripada Allah? walaupun makanan dikongsi beramai-ramai, namun masing2 kenyang dan makanan tadi cukup. pengalaman yang cukup bermakna buat aku. ya Allah... bezanya dengan aku diluar sana. pengalaman ini sedikit sebanyak menjadi peringatan kepada aku setiap kali aku nak pergi makan. berpada-padalah ketika makan dan janganlah berlebih-lebih. banyakkan bersyukur dengan nikmat yang diberikan dan janganlah mula menyalahkan tuhan jika nikmat kita tak sama dengan orang lain. sesungguhnya ianya adalah ujian daripada Allah untuk menguji hambaNya.

Alhamdulillah, banyak ilmu yang aku perolehi sepanjang seminggu berada di sana terutamanya dalam bidang agama. aku tak sempat menghabiskan pengajian di sekolah pondok tersebut kerana terpaksa balik awal untuk persiapan majlis perkahwinan kakak aku. apa2 pun aku nak tegaskan semua tu kembali kepada kita. persoalannya apakah tujuan kita makan? adakah makan untuk hidup? atau hidup untuk makan?

renung2kan dan sama2 kita beramal~

No comments:

Post a Comment