Tuesday, February 16, 2010

masa-masa cuti aku...


Dari Ibnu Abbas RA dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah WAKTU SIHAT dan MASA LAPANG“. (Riwayat Bukhari).

wah... terkesan sungguh aku bila baca hadis kat atas ni. tiba2 teringat masa sesi motivasi bersama murid2 SK seri ampang tempoh hari. motivater yang juga rakan aku sendiri ada bertanyakan soalan kepada murid2 "dalam banyak2 penyakit, penyakit apa yang tak ada ubatnya??" pastu banyaklah jawapan yang murid2 tu bagi. tiba2 ada seorang murid mengangkat tangan dan berkata "penyakit malas cikgu!". wah... terkejut juga aku dengan jawapan yang telah diberikan tu. tapi apa yang dijawab oleh murid tersebut sememangnya betul. "ya... betul jawapan itu. penyakit yang tak ada ubatnya ialah penyakit malas. bagus~"

aku... sebenarnya itulah penyakit yang paling susah aku nak buang dalam diri aku ni. MALAS... penyakit malas ni berkait rapat dengan hadis di atas ni. sebab apa aku cakap macam tu? yela... persoalannya adakah masa lapang aku diisi dengan melakukan sesuatu yang berfaedah? dengan bebanan kerja yang semakin bertimbun, tarikh menghantar assignment yang semakin hampir dan fail2 MQA yang perlu dikemaskini. marah betul aku kat diri aku ni. aku teringat seorang ustaz ni pernah bercerita mengenai kehidupan mahasiswa-mahasisiwi di IPT dan mana2 tempat pengajian yang lain, beliau ada mengatakan tentang fenomena biasa yang berlaku dalam kehidupan pelajar.

"assignment? tak apa... ada 4 minggu lagi tempoh nak hantar. esok boleh buat lagi..."

2 minggu kemudian~
kawan 1: jom siapkan assignment ni. masa dah semakin singkat ni.
kawan 2: ish ko ni, buang tebiat apa buat assignment cepat2? (dengan nada menyindir)
kawan 1: erm... betul juga ye, ada lagi 2 minggu, malam ni boleh tidur! hoho~

1 hari sebelum hantar assignment
"ya Allah! esok dah kena hantar assignment. aku belum siap lagi ni. jom kawan2 kita siapkan assignment. esok dah kena hantar."
"JOM!!"

hasilnya? ya... kebanyakan mereka mampu menyiapkan assignment pada tempoh yang telah diberikan tersebut. tapi bagaimana pula dari segi kualiti kerja yang diberikan? adalah sama kerja 5 atau 6 minggu dengan kerja 1 hari? ya... kesemuanya terletak pada kehendak individu. masing2 mempunyai pilihan dan kita hendaklah bijak memilih mana yang terbaik.

persoalannya... "mengapakah boleh terjadi sedemikian?" ustaz tersebut bertanya. "kenapa kita suka bertangguh?". ustaz tersebut memberikan jawapan yang, perkara begitu boleh berlaku kerana kita hidup dengan diberikan banyak pilihan.

assignment?
pilihan satu - buat sekarang. esok dah tak payah pening2 kepala lagi.
pilihan dua - buat esok... malam ni penatlah~
pilihan tiga - rilekslah, masih ada masa 3 minggu lagi.
pilihan empat - ala~ sem lepas aku buat last minit pon boleh siap apa...

masyaAllah~ banyaklah pilihan yang diberikan. pening juga nak pilih mana satu.

jalan terbaik mengatasi masalah ini ialah - jangan letakkan diri kita dalam keadaan banyak pilih. maksudnya, buang semua2 pilihan yang negatif tu, amek satu pilihan yang atas sekali. ya... pilihan tu yang terbaik setakat ni. jangan buang masa. selama ini kita terlampau selesa dengan keadaan kita yang penuh dengan pilihan2 tersebut.

wah... panjang lebar sungguh penerangan aku ni. bagaimana dari segi perlaksanaan? harapan aku agar dengan post yang aku letak sedikit sebanyak membantu aku untuk mengubah diri untuk menjadi lebih baik. kadang2 apa yang ditulis tidak seperti apa yang berlaku dalam kehidupan harian.

InsyaAllah ia akan membawa perubahan kepada diri aku dan rakan2 sekalian... INGAT! jangan letakkan diri anda dalam situasi yang banyak pilihan. ambil yang terbaik dan buang segala yang tidak baik.

renung2kan dan selamat beramal! (^o^)/

No comments:

Post a Comment