Saturday, February 13, 2010

tu semua pengalaman...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... akhirnya dapat juga aku update blog aku ni. kalau diikutkan hati banyak yang aku nak ceritakan sepanjang beberapa minggu ini.

kali ini aku nak ceritakan sedikit mengenai pengalaman berharga yang aku perolehi ketika mengikuti rombongan sebuah badan kerajaan melawat kampung orang asli di sungai siput.

nama program: program jelajah kampung orang asli
tarikh: 6 februari 2010
masa bertolak: 4.00 petang
lokasi: pos legap, sungai siput.

perjalanan bermula pada pukul 4.00 petang dan kami seramai sepuluh orang pelatih yang terpilih bertolak ke pekan sungai siput untuk berkumpul bersama ahli rombongan yang lain. seramai lebih kurang 50 orang mengikuti program jelajah itu. kami bertolak ke atas (pos legap) pada pukul 6.00 petang dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.

pengalaman yang amat menakutkan bagi aku ialah ketika dalam perjalanan menuju kampung orang asli tersebut. dalam keadaan jalan yang lecak dan basah akibat hujan yang baru sahaja turun, kami bergerak dengan perlahan untuk mengelak sebarang musibah. tapi apakan daya, kenderaan pacuan empat roda toyota hilux 2.5 yang aku naiki terlibat dalam satu kemalangan kecil. kenderaan tersebut terbabas keluar trek balak yang kami lalui. kenderaan yang kami naik hampir tergolek dan aku yang berada dalam keadaan terkejut sempat berpaut pada pemegang yang terdapat dalam kenderaan itu. aku terpaksa berpaut selama lebih kurang 10 minit sebelum kenderaan tersebut berjaya dikeluarkan. Alhamdulillah~ umur aku panjang lagi.

kami tiba di pos legap pada pukul 8.00 malam. kami diberikan kuaters guru, sekolah kebangsaan legap sebagai tempat tidur kami. aktiviti pada malam itu ialah pertandingan karaoke bagi masyarakat orang asli legap. keesokan harinya diadakan pertandingan bola sepak untuk penduduk orang asli sekitar sungai siput. pertandingan yang amat meriah dan sambutan yang cukup menggalakkan daripada masyarakat orang asli disana. selain itu diadakan sukaneka bagi kaum wanita dan kanak2. pertandingan menyumpit juga diadakan untuk warga veteran. satu pengalaman yang amat bermakna bagi aku.

sebelum pulang pada petang itu aku dan rakan2 yang lain sempat bermandi-manda disungai berdekatan.

seronok... bermakna... balik rumah semua sunburn... haha~

No comments:

Post a Comment