Wednesday, February 17, 2010

pelik tapi benar (1)


Assalamualaikum~
pelik tapi benar

pelikkan?
ramai orang kata "solat itu tiang agama"...
solat lima waktu itu wajib...
ada juga yang cakap siapa yang meninggalkan solat berdoa besar...

tapi...
bila dah masuk waktu solat boleh lagi lepak2 minum kopi kat warung.
benar~
ada juga yang solat seminggu sekali je...
tu pun sembahyang jumaatlah...
paling teruk tu tak sembahyang pun ada...

mereka kata ~ "ala... masa muda ni enjoy puas2. nanti dah tua barulah bertaubat"

benar3~~

pelikkan?
ramai orang kata pakai tudung dan menutup aurat tu wajib...

tapi...
ramai pula yang tak tutup aurat... kenapa ya?
kadang2 tutup aurat tapi nampaklah. nampak apa?
haa... ini yang kita tak tau...
ada pula yang tutup yang sekadar "tutup aurat" sahaja.

mereka kata ~ "yang penting aku tutup aurat."

benar3~~

pelikkan?
ramai orang kata "jangan buang sampah merata2"
ada pula yang cakap "kebersihan itu sebahagian daripada iman"

tapi...
sampah dibuang merata2 juga.
ada pula yang tahu marah orang bila nampak sampah bertimbun.
kenapalah tak ambil je sampah tu dan buang dalam tong sampah...
mentaliti2...

mereka kata ~ "siapalah yang buang sampah merata-rata ni? tak bermoral langsung"
"ala... bukan sampah aku. bukan tanggungjawab aku"

benar3~~

pelikkan?
ramai orang kata "masa itu emas"
ada pula yang set masa hari2 nak bangun awal.

tapi...
ramai yang lebih suka buang masa daripada buat kerja,
lebih suka bertangguh daripada melakukan terus.
ada pula yang bila alarm berbunyi bangun untuk matikan alarm sahaja...
tak pun bunyi alarm menandakan masa nak tarik selimut... haha~

mereka kata ~ "awal lagilah... lagi 10 minit aku bagunlah"

benar3~

No comments:

Post a Comment