Friday, March 12, 2010

kisah tukang kayu...

Assalamualaikum...

minggu ni memang minggu yang amat memenatkan bagi aku. macam2 kena buat dengan assignment yang perlu dihantar sekaligus dan menjadi pegawai sukan untuk sukan IPG aku. ternyata ni pengalaman yang sangat bermakna bagi aku.

ok kisah tukang kayu ni aku dengar daripada ustaz zakaria baru2 ni bila mana aku dan rakan2 lain seharian di IPG dek jadual yang amat padat. jadi kami tak berkesempatan untuk pulang ke rumah. sedikit kuliah pendek berkenaan dengan tajuk "iman: jangan berkira-kira".


***

al-kisah di sebuah pekan terdapat seorang tukang kayu yang amat mahir dalam bidang pembuatan rumah. beliau bekerja dengan seorang majikannya yang sentiasa mengambil berat atas kebajikan tukang kayu ni tadi.

nak dijadikan cerita, suatu hari si tukang kayu ni berasa bosan bekerja sebagai tukang kayu dan berhasrat untuk berhenti kerja. setelah berfikir panjang akhirnya dia membuat keputusan untuk berhenti kerja dan berjumpa majikannya untuk menyatakan hasratnya tersebut.

si tukang kayu ni pun berjumpalah dengan majikannya untuk meminta izin. "tuan, saya rasa dah terlalu lama saya bekerja dengan tuan. bagaimanakah kiranya jika saya berhenti kerja?". maka majikan ni tadi terkejut lalu berkata "urm... baiklah. jika itu yang kamu mahu saya akan izinkan tetapi dengan satu syarat." tukang kayu tersentak. "baiklah, apa syaratnya tuan?". "saya hanya akan berhentikan kamu setelah kamu siap membuat sebuah rumah lagi untuk saya." walaupun permintaan itu amat berat bagi tukang kayu namun dia terima sahaja kerana berfikiran bahawa sebuah rumah sahaja tiada masalah baginya.

tukang kayu yang sangat ingin untuk berhenti ini tadi pun bekerjalah dengan sambil lewa dan tidak bersungguh. matlamat dalam hatinya ketika itu hanyalah ingin menyiapkan rumah dengan cepat dan dapat berhenti kerja secepat mungkin.

setelah beberapa bulan berlalu rumah yang dibuat oleh tukang kayu tadi pun siap. maka beliau pun berjumpa majikannya untuk memberikan kunci rumah yang telah dibuatnya tadi. hati tukang kayu amat gembira kerana akhirnya dia berpeluang untuk berhenti bekerja sebagai tukang kayu.

"tuan, ini kunci rumah yang tuan suruh saya buat dahulu" tukang kayu berkata. "owh... cepat sungguh awak bekerja. oleh sebab kamu telah banyak berjasa dengan aku, maka aku telah lama berniat untuk menghadiahkanmu sebuah rumah. oleh itum, ambillah kunci ini sebagai tanda terima kasih aku kepada kamu selama ini" jawab majikan.

maka terkejut dan menyesallah si tukang kayu kerana sikapnya yang mementingkan diri selama ini merugikan dirinya sendiri. alangkah baiknya jika rumah terakhir yang dibuat oleh beliau itu dikerjakan secara bersungguh-sungguh tanpa berkira-kira, sudah tentu beliau sendiri akan berasa gembira dan mendapat manfaatnya.

***


kesimpulan yang dapat diambil daripada cerita ini ialah sikap kita sebagai hamba Allah perlulah sentiasa ikhlas dan tidak berkira-kira dengan Allah. jika Allah tidak pernah berkira dengan hambanya mengapakah kita selalu berkira-kira dengan Allah? sebagai contohnya, segala yang ada di atas muka bumi ini dicipta Allah adalah untuk hambanya supaya mereka berfikir dan beriman. tetapi manusia sering kali berkira-kira dengan Allah dalam amalan seharian mereka, kita selalu berkira-kira hendak melakukan ibadah, berkira-kira untuk bersedekah, berkira-kira dengan ujian yang Allah datangkan dan sering kali menyalahkan Allah jika musibah menimpa.

oleh itu, pengajaran dalam cerita ini ialah, bersama-samalah kita berfikir sambil meningkatkan keimanan kita kepada Allah. sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. janganlah kita sekali-kali berkira dengan Allah kerana sesungguhnya Allah tidak pernah berkira-kira dengan hambanya...

segala yang baik datang dari Allah. yang tidak baik itu datang dari kelemahan aku sendiri sebagai insan bernama manusia... selamat beramal!

*jalan cerita telah aku olah sedikit. tetapi mesej yang ingin disampaikan adalah sama... gudluck! (^o^)/

No comments:

Post a Comment