Tuesday, March 23, 2010

darjah 5

Assalamualaikum...

hari kedua praktikum di sekolah kebangsaan seri kepayang. sampai sahaja aku di sekolah hujan turun dengan agak lebat. cantik betul aturanNya.

cerita 1


hari ni aku masuk ke kelas untuk kali yang pertama. "assalamualaikum cikgu!" wah... akhirnya kedengaran lagi ungkapan itu dari mulut anak2 kecil yang ternyata cukup bermakna buat aku. perasaan ghairah untuk mengajar, muntahkan balik apa yang aku telah belajar selama ini. hehe...

tapi hari pertama aku hanya sekadar pengenalan dengan budak2. tadi member ada cakap pasal establish agreement. rasanya benda itu la yang aku dah buat kat dalam kelas tadi. apa bendanya "establish agreement" tu? haa... benda ni lebih kurang macam perjanjian antara guru dengan murid. contohnya "cikgu nak kamu semua senyap kalau cikgu bagi isyarat apa2lah". tak pun "jangan bising kalau tak cikgu sepak" wah.. ganasnya. hehe... gurau saja.

banyaklah lagi yang aku dah jelaskan dekat murid2 tu. apa yang bagusnya ternyata setakat ni mereka faham dan memberi kerjasama yang sepenuhnya. lepas tu adalah sedikit pengisian yang aku buat di dalam kelas sebagai selingan. mood murid2 ~ seronok.

balik tu ada seorang murid panggil aku "assalamualaikum cikgu waki!" hehe...

cerita 2

hari ni juga aku dan rakan se"praktikum" aku, malek sempat ke bilik ABM untuk melihat kemudahan yang ada di sekolah. manalah tahukan boleh diguna balik untuk PnP aku nanti. jadi aku pun berjumpalah cikgu pusat sumber bertanyakan perihal bilik tu. kebetulan cikgu tu memegang kunci bilik tersebut. Alhamdulillah...

masuk je dalam bilik ABM kami dikejutkan lagi. bukan apa, bilik tu memang kemas sebab tiada bahan pengajaran kecuali beberapa carta dan jadual di dinding bilik tersebut. semoga ia menambahkan lagi semangat aku nak mengajar. cikgu wati ada cakap yang bahan2 ABM matematik mungkin disimpan di tempat dalam almari salah sebuah kelas.

alang2 aku dah berjumpa dengan cikgu wati maka bermulalah sesi temu ramah tidak rasmi antara aku, malek dan cikgu tersebut. ternyata banyak lagi perkara yang aku tak tahu pasal sekolah tersebut. bermula dengan pengalaman mengajar cikgu,latar belakang murid, sejarah sekolah yang cikgu wati tahu, kerenah2 guru dan murid sehinggalah gosip2 liar. hehe...

kesimpulannya banyak benda yang aku belajar dengan cikgu wati. semoga segala pengalaman yang telah diceritakan tu menjadi pengajaran buat aku.

cerita 3

balik dari sekolah, aku dan malek pergi ke suatu tempat makan yang selama ini menjadi buah mulut orang disekitar ipoh. tempat makan ni ada menjual nasi berlauk ayam dengan harga serendah rm2. kebetulan ketika itu jumpalah dengan cikgu lily, cikgu mira, cikgu amer dan cikgu akmal. rupa2nya kami sahaja yang baru tahu pasal tempat tu. tak apalah, benda baik kita sebarkan. hehe...

sekian rentetan kehidupan bakal guru. (^o^)/

4 comments:

  1. esk kta p mkn kt c2 lg yer cikgu waki! ;D

    ReplyDelete
  2. ye lily... tp nmpknye ko x dpt ea? haha.. gerko2...

    ReplyDelete
  3. tau xpe..terpaksa mkn kt kantin je..kna rush blk umah plak ps2..huhu

    ReplyDelete
  4. hehe.. tau dh.. dgr cter dr amer n baby...

    ReplyDelete