Monday, March 15, 2010

indahnya kaca...

Assalamualaikum...

coretan aku kali ni mengenai sesuatu yang buat aku berfikir sekejap bila tengok tv, main facebook, naik motosikal, pergi ke pasar malam, sebelum tidur, makan, berjalan, duduk, baring... senang cerita kadang2 aku tersentak dengan perkara ni dalam setiap perkara yang aku buat. (kecuali tidurlah.. ;p)


pasal apa? urm... pasal satu statement yang aku dengar kat masjid masa sembahyang jumaat. khatib tu ada bercakap lebih kurang macam ni la "iblis dan sekutunye telah menutup segala kejahatan dan maksiat di atas muka bumi ini agar ia kelihatan baik sahaja di mata manusia"


ok kita balik ke masa lampau di mana semua orang sedia maklum pasal cerita iblis yang dahulunya di syurga dan kemudiannya dicampak ke neraka apabila dia ingkar dengan perintah Allah supaya sujud kepada nabi Adam. maka dengan itu bermulalah kisah dendam iblis yang tak sudah terhadap umat manusia hinggalah ke hari kiamat.

balik kepada statement kat masjid tadi. urm... betul ke? baiklah kita tengok pada kehidupan harian umat manusia hari ni....


  • memakai pakaian yang tak menutup aurat. dah tau dah salah tapi pakai jugak. degil ke? "asalkan masih tutup..." "tak payah labuh sangat... fesyen" "bukan orang kenal kita pun... selambe je..." wah... indahnya....

  • dalam perbualan seharian perkataan mencarut dah macam biasa. tiada lagi nilai2 budaya nenek moyang. " woit b@b1!" "b***h!" "pa***t". entahlah... macam tak apa je kalau sebut. semua orang sebut. wah... indahnya...

  • solat itu tiang agama. janganla ditinggal-tinggalkan... "solat jap lagi... tidur dulu" "dah azan ni... abeskan game ni dulu la." "set jam untuk dimatikan bukan untuk bangun pagi" "lai sedih yang lebur terus... ish3" wah... indahnya...

  • haa... bab ni aku paling suka. kenapa orang zaman sekarang malu kalau berbuat kebaikan dan bangga kalau buat jahat? hurm... "tak nak menunjuk nanti orang cakap riak" "aku paling jahat dulu... selalu ponteng kelas, datang lambat, kuat makan, kuat tidur, kuat semualah... haha" menunjuk-nunjuk tu pada niat... kalau niat buat baik sebab dakwah nak tarik orang buat baikkan alangkah baiknya... wah... indahnya...

  • lari topik jap tadi... balik kepada perbuatan seharian seperti hadiri pusat2 hiburan, berhibur tanpa batasan, bercampur laki perempuan menjadi perkara biasa dan selalunya dilakukan atas alasan untuk menenangkan fikiran. apa guna kitabullah? wah... indahnya...

  • kalau nak disebut banyak lagi dan kalian boleh memikirkannya sendiri. selalunya berlaku disekeliling kita., pada diri kita, pada orang lain dan ianya jelas. tapi kelihatan indah sahaja... wah... indahnya...

sampai setakat tu je kot. sekadar peringatan buat diri yang selalu terlupa. fikir2kanlah kawan2 semua. yang tak elok tu jelas tapi macam mana syaitan buat perkara tu macam elok je di mata manusia. yang tu aku tak tahu... dugaan dan cabaran hidup masih menanti kita yang masih hidup ni. bersedialah!

zaman sekarang ni kaca dan bara begitu indah dilihat berbanding cincin berlian dan cahaya...

renung2kan dan selamat beramal~ (^o^)/

No comments:

Post a Comment