Wednesday, March 17, 2010

pelik tapi benar (2)

Assalamualaikum...

masa2 lapang ni tiba2 pula rasa terlebih rajin untuk menaip. tapi tak apa sebab sekurang-kurangnya ada jugalah benda yang nak aku kongsi kat sini. idea nak tulis post pasal "pelik tapi benar" memang dah lama terlintas dalam kotak pemikiran aku ni. sebab tu lah siap boleh buat bersiri. sebab pada awalnya memang banyaklah kejanggalan, kepelikan (betulkah perkataan ni...;p), dan tanda tanya yang sering kali membuat aku berfikir. semuanya berkisar tentang orang2 disekeliling aku.

pelik tapi benar...

pelikkan kenapa orang zaman sekarang ni malu bila digelar "orang baik" dan lebih berbangga jika mereka itu digelar "budak jahat". ianya sering kali digambarkan melalui tingkah laku.


"aku kat sekolah dulu geng budak2 nakal. kalau setakat rotan tu biasa ja."
"aku dah berapa kali masuk HEP tu. budak wantedla katakan."
"ko budak surau ko tak boleh join kami! ni untuk budak2 ganas je" hahaha~~

pelik kan? bagaikan satu kebanggaan pula menjadi nakal/jahat. aku rasalah pada pandangan rakan2 kita yang macam ni, menjadi orang2 berilmu, orang2 baik ni bagaikan satu tanggungjawab yang amat besar sekali. "aku budak jahat tak apalah buat jahat" kenapa jadi begini? sebab kalau kita sudah mendapat gelaran ni jangan haraplah kita nak buat jahat. eh... baguslah macam tu. makin ramailah orang baik kat muka bumi ni.

tapi.... bagi golongan ini, akan menjadi sangat rugilah bagi mereka2 yang telah mendapat gelaran "budak baik". sebab tak bolehlah nak buat jahat. nanti adalah yang mula menyindir dan mengata. tidak kurang yang memerli kesalahan yang kita buat. ish... pening2. apa aku cakap ni?

tak apalah. biarlah aku tinggalkan persoalan ni untuk korang fikir2kan. masing2 ada pandangan sendiri bukan? jadi alangkah baiknya kalau kita renungkan persoalan diatas dan refleksi diri masing2 adakah perasaan macam tu lahir dalam diri kita.

ditaip dalam keadaan mengantuk... maaflah kalau rakan2 tak faham. tapi harapan agar mesej tu sampai. simple je. pelik tapi benar~~

No comments:

Post a Comment