Thursday, March 25, 2010

sepuluh? dua puluh? anak2?

Assalamualaikum...

hari ke-4 aku di sk seri kepayang. sesi PnP seperti biasa. terima kasih kepada murid2 5 uranus yang memberi kerjasama sepenuhnya ketika aku mengajar. diharap agar aktiviti yang dah bagi tu berkesan dan menarik minat mereka belajar decimals.

pukul 2.30-5.00 ptg tadi telah berlangsungnya mesyuarat PIBG sk seri kepayang. penat yang teramat membuatkan aku terlena seketika. (jujur ni... hehe)

lamunanku terganggu bila mana PK kokurikulum, puan hajah mashitah mendekati kami. berbincang mengenai hal2 berkaitan sekolah dan program praktikum kami. kat sini baru aku sedar bukan aku seorang sahaja yang terkejut dengan keadaan sekolah tu, beliau juga begitu. bagaimana sekolah ditengah2 pekan/bandar ipoh mempunyai jumlah murid yang begitu sedikit.

pelbagai masalah lagi yang diceritakan antaranya kesedaran ibu bapa terhadap pendidikan anak2. kebanyakan murid2 yang belajar di sekolah itu merupakan dalam kalangan kelompok masyarakat yang tinggal di kawasan rumah flat. keadaan hidup yang amat sosial memang ternyata mempengaruhi minda anak2 ini. mereka tidak begitu mementingkan pendidikan malah ibu bapa sendiri tidak membantu anak2 dalam menuntut ilmu.

puan hjh mashitah juga ada meluahkan perasaan beliau mengenai sikap ibu bapa yang menghantar anak2 mereka ke kelas pendidikan khas. mereka lebih mementingkan elaun2 yang mereka dapat daripada pendidikan anak2 istimewa mereka. hasilnya, wang elaun yang diberikan dibelanjakan untuk kepentingan mereka sendiri. beli kereta baru, tv baru, tapi baju anak2? kesian, cukup kesian.

kesedaran ibu bapa sebenarnya memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan anak2. tanggungjawab ibu bapa bukan sahaja membesarkan anak2, malah mereka seharusnya bersama2 membantu guru dalam meningkatkan prestasi pendidikan anak2 mereka.

banyak lagi yang kami borakkan petang tu. sampai tak sedar mesyuarat dah nak habis. hehe... apa2 pun segala pesanan beliau akan aku jadikan pengajaran dan pedoman. harapan agar masa depan adalah lebih baik.

(^o^)/

2 comments: