Thursday, April 1, 2010

aku perlukan tidur...

Assalamualaikum...


aku perlukan tidur. begitu juga tidur, ia jugak perlukan aku. tapi masalahnya sekarang ni tidur sering kali tak mendapat haknya. adakah aku yang mengabaikan tidur ataupun memang setakat itu sahaja tidur yang aku perlukan?

hurm... pagi ke sekolah, petang ada latihan rumah sukan sekolah, dan malam sibuk dengan lesson plan, rutin aku semenjak mula berpraktikum ni. hasilnya, masa2 yang tak sesuai pun aku akan bantai tidur jugak. contohnya lepas asar hingga maghrib. aduh, teruknya aku. tapi aku penat, sungguh penat. inikah cabaran sebenar seorang guru? mungkin ya dan mungkin tidak.


harap2 segala perlakuan aku sehari2 dikira sebagai ibadah, harap2 juga dapatlah aku mengubah apa2 yang tak baik tu kepada yang baik dan yang lebih baik. doa dan sokongan mak bapak aku memang banyak membantu. terima kasih kepada mereka.

harap2 lepas ni dapatlah aku biasakan diri. orang cakap ini pengalaman, jadi akan aku manfaatkan pengalaman ni sebaik mungkin. lesson plan mesti siap sebelum mengajar, itu target aku.

2 comments: