Friday, April 16, 2010

kenang-kenangan

Assalamualaikum...

tiba2 sahaja aku rasa teringin nak abadikan gambar2 hadiah praktikum pertama aku kat blog. gambar2 di bawah ni merupakan sebahagian hadiah yang aku dapat daripada anak2 murid yang aku ajar. macam2 yang aku dapat dan kesemuanya cantik2 dan kesemuanya sangat bernilai buat aku.

ni merupakan sebiji mug yang dihadiahkan oleh nurfaizah. faizah ni sebelum ni pun dah bagi aku sebatang pen.


hadiah ni daripada aliff. budak ni ada menunjukkan minat dengan subjek matematik.


hadiah daripada pihak sekolah sk seri kepayang


hadiah ni daripada nurul akmar. budak ni menang hadiah kuiz matematik aku. jadi aku pun hadiahkan dia pensel mekanikal yang lebih mahal dari rakan2nya yang lain.


hadiah ni daripada shafika. patung kecil tu dia buat sendiri. terharu betul bila budak2 buat macam ni kat kita.


nurul balqis ni ada sense of humor rupanya. tengok macam pendiam kat dalam kelas.


nabila suhada bagi pembaris ni. sebelum ni pun dia dah bagi pen.


buku nota daripada euzair. walaupun dalam ni ada soalan yang aku sendiri bagi, dia tetap nak bagi. hehe... kelakar


ni siti soleha bagi. siap ada lukisan...


baju batik daripada ummu hazimah... tak sangka lamgsung.


ni kad daripada hawa


ni semua hadiah yang murid2 bagi termasuk beg kat bawah tu. beg kuning tu pihak sekolah bagi.


bersama murid2 darjah 1 sk seri kepayang. sangat mencabar nak handle mereka ni. tapi seronok...

inilah sebahagian hadiah kenang-kenangan daripada murid2 dan pihak sekolah yang aku perolehi. selain hadiah berbentuk barangan seperti diatas, ada juga hadiah dalam bentuk kad yang murid2 aku buat sendiri dan pen. terharu bila baca dan kadang kala aku tersenyum sendiri sebab ada diantaranya yang menggunakan ayat2 atau perkataan yang salah. walau berapa pun nilai setiap hadiah itu dan bagaimana keadaannya sekalipun, ia akan labih berharga jika ianya datang dari hati yang tulus ikhlas.

terima kasih sekali lagi kepada seluruh warga sk seri kepayang.

1 comment: