Friday, April 2, 2010

belajar menerima...


Assalamualaikum...

baru aku teringat, semalam pensyarah aku datang untuk kali yang pertama. tapi bukan untuk memerhatikan pembelajaran aku, namun sebagai interaksi pertama bersama pelatih dan guru pembimbing. kunjungan yang cukup aku nantikan kerana banyak perkara yang bermain di fikiran aku ni.


oleh sebab ini kali pertama pensyarah datang kat sekolah kami, maka sebelum2 ni pun banyaklah cerita yang aku dah dengar daripada rakan2 tentang pensyarah2 yang telah datang. macam ragam pensyarah, ada yang dikatakan terlampau strict, ada yang sempoi, ada yang skema dan tidak kurang ada yang pensyarah buku! hehe... macam2 cerita dah aku dengar, sebab tu bila pensyarah datang semalam rasa agak gementar. yela.. ini kali pertama jadi macam2 persepsi aku. tapi ternyata pensyarah banyak membantu sebenarnya. tapi tak tahulah bila interaksi kedua nanti. masa tu pensyarah akan lihat sendiri macam aku mengajar.

nak cerita sikit pasal para pelatih yang sedang praktikum ni. mendengar dari pengalaman2 mereka yang telah di 'observe', ada yang berpuas hati dengan markah yang lecturer berikan dan ada juga yang membangkang atau pun terus frust. mana tidak frust kalau ABM dah buat, lesson plan lengkap dan persediaan yang mantap tiba2 dapat markah rendah. ni yang buat aku pun bertambah takut nak menghadapi 'observe' pertama aku.

apa2 pun bagi aku semua nasihat dan tunjuk ajar amatlah berguna. maka terimalah seadanya sebab mungkin praktikum akan datang ia akan menjadi lebih baik. kalau yang dah buat terbaik tapi pensyarah bagi markah rendah tu jangan pula berputus asa dan buat sambil lewa pula untuk praktikum lepas ni. masih ada masa, masih ada peluang. jadi buatlah sebaik mungkin ye kawan2...

tarikh 'observe' aku ialah minggu depan, hari rabu 7 april 2010. tajuk sasaran aku ialah 'percentage'. bermakna introduction untuk tajuk baru. harap2 murid akan memberi kerjasama, dan pengajaran aku mencapai objektif pengajaran. aku seronok murid pun seronok belajar.

No comments:

Post a Comment