Friday, April 2, 2010

nicholas yang lain?


Assalamualaikum...

sesuatu yang agak pelik berlaku pada nicholas hari ni. dia tidaklah terlampau nakal seperti sebelum2 ni. hari ni dia lebih mendengar cakap dan ada keinginan untuk belajar. bagus tu!


ketika sesi PnP aku bersama malek untuk pengajaran berpasangan, masa pertama malek ambil alih dan aku bertugas untuk masa yang kedua (duduk belakang tengok je). ketika itu nicholas ni aku tengok lain macam sikit. dari mula kelas sampai aktiviti dah nak mula dia sibuk dengan menyapu sampah. memang agak kotor kelas ketika itu. habis satu kelas dia sapu.

ketika aktiviti berjalan pula nicholas ni tiba2 ingin melibatkan diri. sebelum ni aku mendengar cerita yang kalau cikgu buat apa2 aktiviti dia langsung tidak menunjukkan minat tapi kali ni dia semangat sikit. datang dekat aku, tanya aku satu soalan yang dia sendiri pun salah salin. tak apa yang penting dia ada minat.

dengan nicholas ni lain sikit. kalau cakap bahasa melayu dia akan blur kejap, so aku gunalah bahasa inggeris untuk menunjukkan term2 inggeris untuk soalan yang dia tanya. masa tu soalan berkaitan addition of decimals. masalah budak2 ni ialah apabila penambahan yang mereka buat tu melebihi jari2 mereka. contohnya 7 + 6. soalan macam ni memang masalah besar bagi murid2 sekolah rendah yang lemah. lebih2 lagi murid2 macam nicholas ni yang bukan sahaja ada disleksia, malah hiperaktif.

tapi apa yang bagusnya pasal nicholas ni ialah, dia ada kemahiran menambah menggunakan kaedah 'counting on' ataupun mengira secara berterusan. contohnya 7 + 6, nicholas boleh set dalam otaknya 7 sambil aku menunjukkan 6 jari dan menyuruhnya menyambung nonbor seterusnya mengikut gerak jari. kelebihan tu! dalam masa sejam pengajaran hari ni, nicholas dapat menjawab 2 soalan aktiviti walaupun dia hanya sekadar menyalin soalan yang salah.

kelakuan nicholas hari secara keseluruhannya adalah terkawal dan yang membuatkan kelas menjadi huru-hara adalah murid2 yang lain pula. adeh~ kesian malek. harap2 masa pensyarah datang nanti murid2 tak buat hal.

No comments:

Post a Comment