Thursday, April 15, 2010

penghargaan...

Assalamualaikum...

praktikum hari ke-18 dan 19: sibuk dengan hadiah


memandangkan tempoh praktikum aku dah nak habis, jadi aku memang nak habiskan sisa2 aku kat sekolah ni dengan meninggalkan sedikit kenang-kenangan kepada pihak sekolah dan murid2.

semalam memang aku sibuk dengan penyediaan hadiah untuk pihak sekolah dan semua yang terlibat. sekurang-kurangnya sedikit penghargaan kepada guru pembimbing aku yang banyak membantu aku sepanjang tempoh aku berpraktikum ni. tak lupa kepada murid2 5 uranus yang banyak bagi kerjasama kepada aku sepanjang aku mengajar mereka selama sebulan ini. walaupun ada dalam kalangan mereka yang degil dan selalu tak buat kerja, hadiah aku sediakan untuk setiap orang untuk kelihatan adil.


hadiah aku untuk murid2 aku adalah berbentuk buku nota kecil yang aku dah selitkan 'multiplication table' kat muka surat belakang dan sebatang pensel mekanikal. walaupun nilainya tidaklah seberapa, namun aku rasa itu sudah cukup untuk mereka sebagai tanda kenang-kenangan. penat juga buat multiplication table tu. semalaman juga aku ambil untuk siapkannya. harap2 murid dapat manfaatkan nota yang aku bagi tu.


***

baiklah, hari ni merupakan hari terakhir aku dengan murid2 5 uranus. esok aku tiada kelas bersama mereka jadi hari ni sajalah masa yang aku ada untuk bagi hadiah kepada mereka. ternyata mereka amat gembira dengan hadiah yang aku bagi tu. macam biasa, mereka gembira saya pun gembira. sebelum aku bagi hadiah kepada semua murid, aku sempat sambung sedikit perbincangan mengenai soalan yang aku telah bagi kat mereka pada pengajaran sebelum ini.

hari ni juga aku sempat mengarahkan murid2 aku untuk membuat refleksi pengajaran sepanjang aku bersama mereka. aku dah suruh mereka nyatakan apa kelebihan dan kelemahan yang mereka nampak ada dalam pengajaran aku selama ini. seronok baca komen2 mereka ni. ada yang positif dan ada yang negatif. ada juga yang tak faham tu buat refleksi untuk diri mereka sendiri. kelakar...


ada juga beberapa orang murid yang memberikan aku hadiah tanda kenang2an buat aku kepada mereka. aku tak menjangkakan yang mereka akan memberi aku apa2 hadiah sebab aku sedia maklum dengan kehidupan murid2 aku. ternyata hadiah sebatang pen pun amat bermakna buat aku. pen yang ditulis nama mereka dan kepada aku. terima kasih faizah, malati, hawa, euzair dan nabila.

lagi satu, Alhamdulillah sepanjang tempoh sebulan aku kat sini, aku boleh ingat semua nama murid2 darjah 5 uranus. murid2 seronok bila cikgu kenal mereka dan aku sendiri mengaku gembira bila dapat ingat nama murid2 aku.


sekian sahaja untuk post kali ni. tak ada mood nak buat post baru jadi post mungkin agak hambar. tak sabar tunggu esok...

No comments:

Post a Comment