Friday, April 16, 2010

tamat sudah praktikum pertamaku...

Assalamualaikum...

hari praktikum terakhir: terharu~

hari terakhir praktikum aku di sk seri kepayang ternyata meninggalkan seribu satu kenangan yang tak mampu aku gambarkan. pengalaman pertama sebagai guru sebenar, mempunyai anak murid sendiri, guru2 yang banyak membantu dan suasana di sekolah yang aku kira amat seronok walaupun cabarannya berbeza berbanding sekolah2 yang lebih besar.

sampai sahaja di sekolah aku dapat melihat kelibat murid2 yang berbisik2 sambil menjeling. apalah yang mereka fikirkan agaknya. namun, selepas perhimpunan pagi aku terpaksa menemani malek untuk balik ke rumah dengan kebenaran dari pihak sekolah kerana beliau tertinggal dompet dan hadiah sebagai kenang-kenangan kepada pihak sekolah.

apabila kembali semula ke sekolah aku terkejut apabila pelbagai hadiah dah tersedia di atas meja guru. wah... terharunya aku. walaupun aku tidak menjangkakan sebarang hadiah daripada mereka dek keadaan keluarga dan taraf hidup mereka yang sederhana, mereka tetap ingin memberi aku hadiah walaupun hanya sebatang pen. tidak kurang ada murid2 yang meminta tanda tangan dan nombor telefon. penat juga melayan kerenah budak2 ni.


antara hadiah yang aku tidak jangkakan ialah sehelai baju batik, beg pakaian, sebiji mug dan ada juga patung kecil buatan sendiri. comel... haha. apa2 pun ucapan terima kasih sebenarnya sudah cukup bermakna buat aku. aku harap segala tunjuk ajar aku selama ini murid2 faham dan mereka ada sedikit motivasi untuk bekerja lebih keras di masa yang akan datang.

sepanjang hari ni memang dihabiskan dengan menulis autograf dan mengambil gambar bersama murid2. walaupun agak penat, namun aku berasa puas. ternyata kepuasan seorang guru bukan pada gaji, namun ianya terletak pada doa anak2 murid dan ilmu yang disampaikan dengan ikhlas tanpa mengira latar belakang, warna kulit dan keturunan.

selain itu, aku juga amat terharu dengan pihak guru2 dan staf2 sekolah yang dengan sukarela menyediakan sedikit majlis jamuan perpisahan kepada kami semua. dikesempatan itu juga, kami gunakan untuk memberi sedikit ole2 dari pihak kami berempat sebagai tanda kenangan untuk pihak sekolah. hanya ucapan terima kasih yang dapat kami ucapkan sebagai membalas segala jasa guru2 sk seri kepayang. disamping itu, segala tunjuk ajar guru2 semua diharapkan agar dapat kami aplikasikan dalam kehidupan sebenar sebagai seorang guru sebenar kelak.


kepada semua murid sk seri kepayang aku ucapkan ribuan terima kasih dan memohon kemaafan sekiranya sepanjang aku menjadi guru mereka ada termarah, tercubit, tertinggi suara dan sebagainya kepada mereka semua. percayalah, semua itu untuk kebaikan mereka semua. akhir kata, semoga mereka semua berjaya dalam hidup masing2. ameen~

No comments:

Post a Comment