Friday, April 2, 2010

peliknya kamu...

Assalamualaikum...

praktikum hari ke-10:

menjalankan pair teaching bersama malek untuk kelas darjah 4. pengajaran untuk hari ini, kami telah membuat refleksi dan antara hasil perbincangan yang kami telah perolehi ialah:


kesimpulan 1:
menjalankan aktiviti kumpulan seperti 'galery tour' adalah tidak sesuai untuk murid2 darjah 4 ke bawah. alasannya ialah kawalan kelas akan menjadi tidak keruan. guru sukar mengawal kelakuan murid dan kelas akan menjadi bising.

kesimpulan 2:
kanak2 pada tahap ini lebih suka pada persaingan. alasannya ialah pada peringkat mereka ada sifat ingin bersaing dan merasakan diri lebih hebat daripada orang lain. maka aktviti yang lebih sesuai mungkin pada aktivit yang melibatkan kumpulan tetapi berbentuk kuiz dan ada hadiah sikit. mesti budak2 suka.

kesimpulan 3:
murid2 ni faham kalau kita cakap ada pelawat nak datang untuk observe. jadi sebelum pensyarah datang nak observe kita cakap siap2 kat murid2 tu supaya mereka memberikan kerjasama yang sepenuhnya jika pensyarah datang kelak. seorang rakan aku dah cuba dan ternyata berkesan!

kesimpulan 4:
yang ni untuk ABM yang telah kita buat. tapi ini bergantung kepada pensyarahlah. lebih kurang macam ni, kalau kita dah buat ABM pastikan ianya digunakan secara maksimum. ada setengah pensyarah yang tak berapa kesah pasal ABM ni dan lebih mementingkan pemahaman murid2. maknanya kalau chalk and talk pun budak2 boleh faham itu sudah mencukupi. tapi ada baiknya kita yang baru2 ni ready je dengan ABM ye.

ok, setakat itu sahaja kesimpulan yang aku boleh buat hari ni. kalau ada lagi mungkin pada post yang akan datang. adios geng!

No comments:

Post a Comment