Thursday, April 22, 2010

sesungguhnya aku terkejut...

Assalamualaikum...

betapa dahsyatnya seorang insan bila mana dia mampu menjadi duri dalam daging dalam sesuatu institusi. mulut manis ibarat madu tetapi tidak aku sangka rupa-rupanya racun yang amat berbisa. bagaimana insan sebegini masih mampu menempuh kehidupan di atas muka bumi tuhan ini? pelik memang pelik.

***

cerita ini berkenaan si kancil dan si monyet di dalam sebuah hutan. satu hari, raja rimba yakni sang singa memanggil semua warga rimba berkumpul kerana beliau ingin menyampaikan titahnya. maka berkumpullah semua warga rimba dari sebesar-besar gajah sehinggalah sekecil-kecil kutu di balai bertitah raja untuk mendengar titah sang singa.

"wahai rakan-rakanku sekalian, sesungguhnya aku ingin mengadakan pertandingan melukis dan mewarna bertemakan alam sekitar dalam tempoh satu minggu dari sekarang. barangsiapa yang berjaya menambat hati aku dengan lukisannya, maka akan aku hadiahkannya sepurnama nikmat rimba" titah sang singa.

maka keluarlah pelukis-pelukis termasyhur rimba menyahut cabaran raja rimba seperti tom si semut, jumbo si gajah, sang kancil dan sang monyet. masing-masing keluar dengan peralatan melukis dan mewarna masing-masing. bersoraklah penghuni-penghuni rimba yang lain menyaksikan jaguh-jaguh ini tampil menyahut cabaran sang singa.


sang monyet bukanlah seorang pelukis yang handal. namun, sikap tamaknya yang membuak-buak terhadap ganjaran raja membuatkannya ingin turut sama mengambil bahagian. jadi timbullah satu idea jahat dalam benak pemikiran sang monyet untuk menjatuhkan lawannya yang lain.

berjumpalah sang monyet dengan tom si semut sebelum pertandingan bermula. "wahai tom si semut, kau tahukan yang kau sangat kecil? pernahkah kau terfikir jumbo si gajah akan memijak mu untuk memenangi pertandingan ini? bukan kau tak tahu sang gajah sudah lama menginginkan ganjaran raja ini." kata sang monyet. "kurang ajar punya jumbo. berani dia merancang ingin membunuhku." marah tom.


untuk mengelakkan perkara yang dikatakan oleh sang monyet, tom si semut mencari jalan untuk menjatuhkan jumbo si gajah. tom memanggil seluruh rakan semutnya yang lain berkumpul untuk melaksanakan rancangan jahatnya. pada ketika jumbo sedang nyenyak tidur, tom dan rakan-rakan semutnya yang lain pergi menghabiskan semua peralatan melukis dan mewarna jumbo yang kebanyakkannya diperbuat daripada air gula.

alangkah terkejutnya sang gajah pada keesokan paginya apabila melihat semua peralatan melukisnya musnah disamping habis tanpa sedikit pun ditinggalkan. maka berjumpalah jumbo si gajah dengan raja rimba untuk membatalkan penyertaannya dengan perasaan yang cukup sedih.

tidak habis dengan si gajah, sang monyet masih lagi ingin menjatuhkan perserta-peserta lain. maka berjumpalah sang monyet dengan sang kancil mengaturkan helahnya untuk menjatuhkan pula tom si semut yang telah ditipunya tadi. sang kancil yang sudah masak dengan perangai sang monyet mengesyaki sesuatu plan jahat apabila sang monyet datang berjumpanya.

"wahai sang kancil, kau tahu tak sang semut sudah lama menginginkan ganjaran daripada raja?adakah patut tom makan kesemua peralatan melukis jumbo hinggakan habis kesemuanya. teruk benar tom si semut bukan? entah-entah lepas ni peralatan kamu pula mengalami nasib yang sama." bodek sang monyet. sang kancil mengangguk lalu berkata "jika itu yang berlaku, apakah yang patut aku lakukan wahai sang monyet?".


"alangkah bagusnya kalau seluruh warga semut engkau musnahkan wahai sang kancil. mereka telah membuat kesalahan yang amat besar sebelum ini. maka aku mencadangkan engkau hanyutkanlah sarang semut di dalam sungai. sudah tentu mereka tidak lagi dapat menyertai pertandingan ini." kata sang monyet dengan yakin.

sang kancil yang sudah mengetahui rancangan buruk sang monyet berasa tidak selesa dengan hasutan sang monyet itu tadi. "owh... kalau begitu, aku ada satu rancangan bagaimana hendak menghanyutkan sarang semut. tapi mahukah engkau membantu aku wahai sang monyet?" jelas sang kancil. "sudah tentu wahai sahabat ku. pertolongan apakah itu wahai sang kancil?" balas sang monyet.

"aku telah menjumpai sebiji tongkang kecil di tepi sungai tetapi aku tidak pasti sama ada ia mampu menampung berat sarang semut. aku difahamkan sarang semut di atas pohon jati itu sebesar badan mu sang monyet. oleh itu, sudikah engkau mencubanya dahulu?" jelas sang kancil. sang monyet tanpa berfikir panjang bersetuju dengan cadangan sang kancil itu tadi.

lalu bergegaslah mereka menuju ke tepi sungai untuk mencuba tongkang itu tadi. rupa-rupanya tongkang yang dimaksudkan sang kancil hanyalah sekeping kulit pohon jati yang tertanggal dari batangnya. "apa kau tunggu lagi wahai sang monyet. naiklah ke atas tongkang ini dan cubalah." arah sang kancil.

tanpa berfikir panjang, sang monyet melompat ke atas kulit pokok jati yang telah tersedia di tepi sungai. lalu hanyutlah sang monyet di dalam sungai bersama-sama kulit pohon kayu tadi. "wahai kancil, nampaknya tongkang ini dah bocor." sang monyet berkata-kata.

"ya, memang tongkang itu bocor. hanyutlah kau dengan tongkang itu wahai sang monyet yang busuk hati. tenggelamlah engkau!" jelas sang kancil. sang monyet yang menyedari dia sudah ditipu segera melompat ke dalam sungai menuju ke tepian. alangkah malangnya nasib sang monyet kerana nasi sudah menjadi bubur. air sungai terlampau deras untuk diredah. maka, hanyutlah sang monyet di dalam sungai.

begitulah kisah sang monyet yang suka menipu orang dan bersikap seperti gunting dalam lipatan. sesungguhnya orang tamak selalu rugi. janganlah kita bersikap seperti ini, sesungguhnya orang yang suka melaga-lagakan orang lain akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan jahat yang dilakukannya.




*cerita, watak dan jalan cerita dalam kisah ini adalah rekaan semata-mata. tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. ambillah iktibar dan jadikanlah panduan semoga masih ada lagi esok yang cerah untuk kita semua. ameen~

4 comments:

  1. ӏ аm now nοt surе where you are getting your іnformatiоn,
    but good topic. І nеeds tо spend a whilе learning much
    more or figuring out more. Thankѕ for exсellent information I wаs loоking for thіѕ infοrmаtiоn fог my mіsѕion.


    Lοоk at my web sіte: More Help

    ReplyDelete
  2. Hi just wanted to give you a brief heads up and let you know a
    few of the images aren't loading correctly. I'm not sure why but I think its a linking
    issue. I've tried it in two different internet browsers and both show the same outcome.

    Here is my blog: mouse click the following web page

    ReplyDelete
  3. Obviously, you'll be able to go to sites as You - Tube at which you might locate lots of funny vids. Perhaps the best thing to do is keep an eye on the promotional deals and be ready to pounce quickly when a suitable one comes up. It is a more reliable choice when compared to traditional concrete or wooden barriers for several reasons.

    Feel free to visit my blog post; radio sender

    ReplyDelete
  4. Consider running a contest or offеring а free prοԁuct tip ѕheet that aсcompanieѕ
    the intervieω. Intеrnal or Exteгnal Sound Mіxer
    "All windows systems come with a internet sound mixer they all differ so you may need to review your manual or online sources to figure out how to enable or use it. This not only allows listeners to listen to their favorite MP3 files along with their SIRIUS radio; it also lets them digitally record their favorite radio songs for instant playback.

    Here is my homepage: more

    ReplyDelete