Tuesday, April 27, 2010

sukaneka f3

Assalamualaikum...

tarikh: 26 april 2010
masa: 8.00 pagi - 11.00 pagi
tempat: astaka padang bola sepak ipg kampus ipoh
sasaran: 20 orang pelatih guru unit f3
objektif: semua orang gembira~(^o^)/

pada hari isnin yang lepas, para pelatih guru unit f3 telah berjaya mengadakan program mini sukaneka yang bertempat di astaka padang bola sepak ipg kampus ipoh. program mini sukaneka ini dijalankan adalah selaras dengan kehendak pemarkahan subjek pendidikan jasmani dan kesihatan semester 5 kursus kami.

sukaneka kecil-kecilan ini telah berlangsung dengan jayanya atas kerjasama dan semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan pelatih unit f3. terdapat 5 jenis sukaneka yang dipertandingkan sepanjang temasya berlangsung.

berikut merupakan sedikit sebanyak gelagat kawan2 aku yang terlibat.

host yang tak asing lagi... rahim


setiap aktiviti sukaneka diselangi dengan cabutan nombor bertuah. nombor aku tak kena... adeh~


scoreboard yang smart. terima kasih kepada yang buat ni.


gelagat sepanjang temasya berlangsung


semua tekun...


waktu rehat diisi dengan persembahan poco2 f3 yang diketuai oleh malek poco! selain tu ada persembahan silat daripada azim


selepas habis semua berkumpul ditengah padang untuk menerima hadiah dan taklimat


muka2 puas dan seronok harapnya...


rumah merah... no 4


rumah hijau... no 3


rumah biru... rumah aku! no 2


rumah kuning... no 1



encik faizal memberi refleksi. beliau berpuas hati. Alhamdulillah


kami~





posing dengan hadiah2 kami semua...



sebelum balik jangan lupa kemas dahulu...


itulah sedikit sebanyak perjalanan sepanjang berlangsungnya mini sukaneka f3. segala pengalaman dan pelajaran yang diperolehi daripada program ini diharap dapat diaplikasi ketika menjadi seorang guru kelak. walaupun ada cacat cela disana-sini, aku harap masing2 dapat menerima dan memperbaikinya dimasa-masa yang akan datang. eratkan ukhuwah yang telah terbina. buang yang keruh ambil yang jernih. kalau yang selalu keruh je tu harap2 dapatlah berubah ye... huhu~

sekian dari aku yang bernama aku...

1 comment: