Sunday, May 16, 2010

kau ibarat lilin... eh silap, pelita... guru~

Assalamualaikum...

guru, kau ibarat lilin, kau ibarat pelita, satu ungkapan yang sering kali keluar dari bibir-bibir insan, tatkala hari guru tiba.

layakkah guru diibaratkan seperti lilin? membakar diri untuk menerangi orang lain. sanggup mengorbankan diri semata-mata untuk orang lain. tidak bermaknakah guru itu? adakah segala pengorbanannya tidak membawa manfaat kepada dirinya sendiri?

alangkah baiknya kalau guru itu ibarat pelita, menerangi orang lain. disamping itu menggunakan segala bekalan yang bukan sahaja untuk orang lain malah diri sendiri. jadilah pelita yang menerangi alam, menggunakan bekalan dalam dirinya tanpa mengira penat lelah. renungi ungkapan ini.

apa-apa pun aku amat bersyukur kerana aku juga bakal bergelar insan yang bernama 'guru'. satu title yang amat mulia aku kira. teringat kata-kata mak aku "mak seronok bila dengar orang panggil 'cikgu', sebab tu kalau boleh mak nak ada seorang anak mak jadi cikgu".

mak juga pernah menyatakan hasratnya yang dulu juga pernah ingin menjadi seorang pendidik. tapi apa kan daya beliau tidak mampu, bukan dari aspek pendidikan, tetapi dari aspek kewangan. "orang perempuan dahulu tak boleh keluar rumah. buat apa belajar tinggi-tinggi? nanti jadi bini orang juga." itu zaman dahulu. kini banyak telah berubah, kakak aku juga seorang guru. mesti mak seronokkan? macam itulah harapnya.


Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..


sedikit bunyi-bunyian sempena hari guru... selamat hari guru kepada semua guru-guru aku, rakan-rakan guru, ibu bapa aku (guru juga tu), alam sekeliling aku (mengajar aku untuk berdikari) dan sesiapa sahaja yang layak digelar pendidik. tanpa insan-insan ini, tidak mungkin aku kini juga bakal seorang guru... SELAMAT HARI GURU!


2 comments: