Wednesday, June 23, 2010

i-city!!!

Assalamualaikum...

kalau sebelum ni aku cerita jalan-jalan kat melaka, sekarang aku nak cerita pula benda best ada kat selangor. semalam aku berkesempatan berkunjung di salah sebuah tempat yang baru dan agak menarik kat selangor.

tempat yang aku maksudkan ialah di i-city. i-city ni terletak di shah alam. dekat je dengan kawasan bukit raja. apa yang menarik kat i-city ni ialah kawasannya yang hidup pada malam harinya dengan himpunan lampu yang berwarna-warni dan pelbagai bentuk.

kali pertama aku masuk bersama-sama rakan memang rasa teruja sekejap. memang cantik!!! kepada rakan-rakan yang tak pernah pergi lagi tempat ni ada baiknya kalau anda cuba datang. nak tengok world cup pun boleh sebab memang dia dah pasang layar besar.

sedikit gambar buat tatapan rakan-rakan semua. ;p

nak naik atas ni...


pokok biru...


pokok ungu...


pokok hijau...


pokok putih...


pokok merah...


colourful.. best!


burung merak yang besar...


tengok tu tupai pun ada... hehe.


macam mana? best kan? jadi itu sahaja sekadar nak share pengalaman. banyak lagi gambar sebenarnya tapi malas nak upload. cuti-cuti malaysia... (adeh... berjalan je cuti ni.)

1 comment:

  1. wakaka.. wrna pokok brubah, tp, gmbo orgnya tak brubah .. kui3 :p

    ReplyDelete