Assalamualaikum...
aku ada terbaca satu artikel ni kat umma-united dan aku amat tertarik dengan kata-kata yang ditulis oleh seorang penulis ni. alangkah baiknya kalau ianya seindah itu. harap kawan-kawan ambil iktibar.
artikel dia kat bawah ni... (maaf copy paste):
Saya suka sangat tengok jari-jemari teman
wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya
takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya
patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh
saling bantu-membantu di satu hari yang amat
dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.
wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya
takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya
patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh
saling bantu-membantu di satu hari yang amat
dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.
Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik
betullah, sungguh! Sebab itu saya belikan dia
tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok,
bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa
ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai
bila-bila! Takut nanti dibakar dek api neraka, di
suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang
Maha Pencipta!
Saya suka sangat tengok body teman wanita
saya, solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan
dia telekung supaya masa dating dengan Kekasih
dia Yang Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan
berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat
pahala! Syoknya!
Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya
tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya.
Saya pun macam tu juga. Si dia tanya, Apa
ubatnya, bang? Saya pun bagi dia al-Quran
sebagai penenang jiwa! Semoga dia cintakan-Nya
lebih daripada saya
Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-
macam. Makan, minum, jaga diri, pandu kereta
elok-elok! Nanti awak saya juga yang susah hati,
bla lah bla bla. Tapi bila tengok wayang sama-
sama, terlepas Asar dan Maghrib bagitu saja, dia
tidak kata satu apa pun. Aduuuuh! berdosanya
saya!
Saya memang sayang sangat pada dia. Saya
mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-
cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih
sayang di akhirat, berdating di syurga kerana di
situlah tempat yang kekal selama-lamanya...
KERANA CINTA YANG HAKIKI ITU HANYALAH PADA ILAHI....
Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-
menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami semoga
kami dapat kekal selama-lamanya, di syurgaMU nan abadi suatu hari nanti. Amin!!
dah baca dah? apa pendapat anda semua? aku bukanlah pandai bab-bab bercinta ni tapi aku juga pernah bercinta dulu (zaman jahiliah dulu). tapi adakah cinta kita sebegini? banyak perkara yang kita perlu ambil kira sebelum kita nak terjebak dalam kancah percintaan (chewah ayat...;p). tapi mesej aku jelas. oleh itu sesiapa yang ada niat nak bercinta (termasuk akulah tu) atau yang sewaktu dengannya, ambil kiralah cinta yang hakiki itu... jadilah orang itu, yakni orang saling ingat mengingati antara satu sama lain. insyaAllah...
No comments:
Post a Comment