Assalamualaikum...
ini adalah perkara biasa berlaku di rumah-rumah kampung seperti rumah aku tau. cuaca tak menentu sekejap panas, sekejap sejuk selalunya akan mengundang haiwan-haiwan dari luar untuk menumpang tidur kat dalam rumah.
perkara ini berlaku semalam. aku baru sahaja pulang dari pekan bersama-sama kawan-kawan aku yang datang melawat. sampai rumah dalam pukul 9 malam (keluar pukul 5 petang). sebelum kawan-kawan aku ni balik aku suruh mereka singgah dulu rumah aku minum-minum.
nak dijadikan cerita, mak aku tiba-tiba cerita yang beliau ada nampak seekor ular kat celah almari dalam rumah aku kepada bapak aku. masa tu bapak aku baru je balik dari surau. jadi bapak aku pun bergegas mencari lampu picit ala komando yang baru debelinya dan menyuluh di tempat yang telah mak aku ceritakan tadi.
suluh punya suluh ternyata sangkaan mak aku tadi benar (naluri seorang ibu). memang ada seekor ular tedung sebesar jari hantu orang dewasa (besar mana tu? tak kesahlah) tengah duk lepak kat celah rak kat almari. apa lagi aku yang tau kejadian tu pun segeralah mencari buluh lalu menggunakan segala macam skil membunuh yang aku tau dan ia berkesudahan dengan kematian seekor ular tedung yang tragis (memang horror) bersaksikan kawan-kawan aku tadi.
tapi memang inilah perkara biasa yang berlaku kat rumah-rumah kampung macam rumah aku ni lebih-lebih lagi kalau cuaca terlampau panas. binatang-binatang ni nak juga tempat sejuk. sebenarnya bukan ular saja pernah masuk, kala jengking, lipan dan macam-macam lagi lah ada. maklumlah rumah kampung kan. tapi apa-apa pun berlaku aku yakin semua yang berlaku ada hikmahnya. jadi jangan cepat melatah, rileks sudah... ;p
*lepas ni aku ajak datang rumah janganlah takut-takut pula... jangan risau rumah aku selamat...;p
No comments:
Post a Comment