Tuesday, June 8, 2010

sabak bernam dihatiku

Assalamualaikum...


oleh kerana aku kat rumah, maka dengan ini aku nak bercerita sedikit sebanyak pasal tempat aku duduk ni. nama tempat dia sabak bernam. aku adalah dengar cerita yang tempat ni diambil bersempena gelaran untuk orang yang buka tempat ni dulu. 'sahabat berenam' = 'sabak bernam'. dari segi kesahihannya tu aku tak pasti, manalah tahu orang yang bagi nama tempat ni dapat anak kembar 6 terus bagi nama terus letak nama sabak bernam (pelat kot...;p)

kalau kita tengok kat peta atas ni kita boleh tengok kedudukan sabak bernam ni terletak di utara negeri selangor. daerah sabak bernam bersebelahan dengan daerah kuala selangor dan merupakan sempadan antara negeri selangor dan negeri perak. senang cerita selangor ni paling hujung kalau dalam negeri selangor ni.

kalau diikutkan geografinya, daerah sabak bernam ni merupakan daerah yang hasil buminya terdiri daripada kelapa sawit, padi dan kelapa (rujuk buku geografi kalau rajin), jadi kebanyakan penduduk sabak bernam merupakan seorang petani yang berjaya...

baiklah hari ni aku nak cerita sedikit pengalaman pendidikan aku kat sabak bernam ni. bermula dari sekolah rendah. sekolah rendah aku kat sekolah kebangsaan kampung banting. kalau aku cakap je sekolah kampung banting mesti orang tanya "banting klang ke?" mentang-mentanglah nama dah nak sama. aku cuba juga cari gambar sekolah aku kat internet tapi tak ada. so cerita ja lah.

dari segi sistem pendidikan di sabak bernam, aku rasa daerah ni dah ada macam-macam pusat pendidikan dari tadika sehinggalah ke politeknik. gambar kat atas ni merupakan gambar sekolah menengah pertama aku (tingkatan 1-3) iaitu samt sultan salahuddin abdul aziz shah batu 38, sabak bernam. sekolah ni memang best. macam-macam pengalaman aku kat sekolah ni.


gambar kat atas ni pula gambar sekolah menengah kedua aku. aku pindah sini lepas tingkatan 3. masa tu result pmr bolehlah jadi aku dapat tawaran pergi sekolah ni. kat sabak juga... nama sekolah ni sbpi sabak bernam. sekolah ni pun best juga, memang bestlah. ;p

lepas sahaja aku habis belajar kat sekolah ni aku dapat tawaran menyambung pelajaran di kolej matrikulasi kedah. maknanya kehidupan aku di sabak bernam berakhir pada umur 18 tahun. lama kan duduk kat sabak? tapi inilah kampung aku. inilah kehidupan aku dan aku seronok hidup kat sabak walaupun kalau balik kampung kerja makan tidur ja. huhu... sekian.

(dah tak ada modal nak post kat blog... ;p)

6 comments:

  1. ko silap beso ni...
    gmbo sawah tu kawasan aku tu...sg beso...
    ko jgn carik pasal...haha

    ReplyDelete
  2. banting kat mane ea din??uma ko kat belah mne??he3

    ReplyDelete
  3. samt tu sekolah aku.. huhu.. masih lagi belajar kt sana.. kau nie kire nyer senior aku lh yer.. hhahah.. sekolah gmbr lme cuz pagar x tukar.. hehehe.. happy dpt jmpe blog nie..

    ReplyDelete
  4. boleh saya tahu, bagaimanakah cara untuk mendapatkan peta daerah sama seperti yang anda post? boleh kongsikan link dia? saya ada juga cari dekat portal tapi takde..
    saya harap anda boleh beri maklum balas secepat mungkin.

    ReplyDelete