Sunday, June 13, 2010

dah bulan rejab ke?

Assalamualaikum...

kalau ditanya apakah perkara yang penting yang sedang berlaku hari ini? sudah tentu kebanyakan daripada kita lebih arif tentang demam piala dunia afrika bukan? sesetengahnya di malaysia mungkin ada yang tahu pasal sukma (sukan malaysia) yang sedang berlangsung di melaka. betul tak? tapi apa yang kita tak sedar ialah, kita dah pun memasuki 1 rejab pada esok hari. sedar tak?

secara jujurnya aku pun tak sedar perkara ni sehinggakan ada seorang rakan memberi mesej bahawa esok adalah 1 rejab dan kita disunatkan berpuasa. tadi aku ada cari sedikit maklumat mengenai fadhilat bulan rejab ni. ternyata banyak perkara yang aku dah pun tahu tapi tak pernah buat. huhu...


jadi apa yang boleh aku ucapkan ialah "selamat datang bulan rejab". "Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban wa balighna ramadhan - Ya Allah berkatilah kami dalam bulan rejab dan syaaban dan sampaikanlah kami kepada bulan ramadhan"

sepanjang pembacaan aku amalan terbaik pada bulan rejab adalah berpuasa. kalau tak percaya google je kat internet tentang fadhilat bulan rejab memang banyak yang kita boleh dapat. jadi aku pun tak ada mood sebenarnya nak menaip malam ni. tapi taip juga sekadar memberi maklumat kepada siapa-siapa yang menjenguk blog aku ni. jom puasa esok!

No comments:

Post a Comment