Sunday, June 20, 2010

melaka trip - day 2

Assalamualaikum...

kita dah masuk hari kedua trip kami ke melaka. pagi itu kami bertolak agak lewat. mana tak nya mula-mula cakap nak gerak awal tiba-tiba ada pula member kita tu nak rasa mandi swimming pool. jadi lepas mandi swimming pool baru bertolak kira-kira pukul 10.30 pagi untuk sarapan pagi.

destinasi pertama kami selepas sarapan ialah ke taman buaya. kami tiba pada pukul 11 dan pada pukul 11.30 kebetulan ada pertunjukkan silap mata dan pertunjukkan bersama sang buaya. jadi layanlah dulu apa yang patut. walaupun aku rasa pertunjukkan tu entah apa-apa je tapi kira berbaloi la bayar tiket masuk rm 7 (yeke? ntahla... lebih kuranglah)





setelah lebih kurang 2 jam kat tempat tu (syok sangat tengok persembahan) kami pun bergegas ke destinasi kedua kami iaitu di zoo melaka. teringat dulu masa kecil aku pernah pergi zoo melaka ni rombongan sekolah. memang best masa tu...

tapi yang aku tak tahan orang p zoo tengok haiwan tapi ada pula member aku ni sempat singgah kat pondok daftar pemilih spr. haha... anda dah mendaftar ke belum?

tapi memang penatlah jalan-jalan kat zoo ni. ingatkan kecil, rupanya besar ya amat. banyak jugak binatang yang kami tak sempat tengok. kepenatan punya pasal.



habis je berjalan-jalan di zoo kami pun pulang ke hotel untuk berehat sebentar. sebelum tu singgah makan kat medan selera area ayer keroh. kasian tengok kat peniaga kawasan ni, krisis kekurangan gula memang ketara sampaikan kami nak order air tak boleh yang bergula, terpaksalah kami order air berasaskan susu tak pun minuman dalam tin.

tiba di hotel pada pukul 4 petang. akibat terlampau penat berjalan, kami tertidur di hotel dan pukul 6 baru kami mulakan semula perjalanan. kami terus menuju ke rumah kawan yang terletak di bukit beruang, melaka. sekarang kami dah ada tourist guide (ismahadi), dengan itu kami dah melantik madi untuk membawa kami berjalan di sekitar melaka malam tu.

bertolak dari rumah madi selepas maghrib dan destinasi pertama kami ialah dataran pahlawan melaka. hari sebelum tu kami memang dah cuba mencari kota a famosa, rupa-rupanya ianya terletak di sebalik dataran pahlawan melaka. sampai juga akhirnya. banyak gak kami snap sepanjang berjalan-jalan tu.

we happy family!




entiti di a'famosa


mereka cakap ni tapak penemuan baru. tempat simpan senjata.



ni kat pokok melaka




masa kami jalan-jalan jam ni bunyi (pukul 9)



macam kat mana je...





cantik kan?


lepas je berjalan-jalan sekitar bandar bersejarah melaka, madi membawa kami makan di suatu tempat menarik nak makan ikan bakar iaitu di umbai (restoran parameswara). sampai-sampai je tempat makan dah ada tokey kedai ni sambut ala-ala koboi. memang syok.

pilih ikan... rambang perut.. bukan rambang mata ye...;p


antara menu menarik siakap 3 rasa (yang ni paling best... syok sangat), jenak bakar, sotong goreng tepung yang sedap sangat, tomyam campur dan kailan ikan masin. air orange juice dan air sirap.





apa yang menarik makan kat umbai ni ialah ikan bakar dia di makan bersama nasi lemak. memang sedap sangat dan unik. ikan bakar dia memang sedap, masak sekata dan sambal memang cara! hihi... orang cakap kalau jalan-jalan melaka tak makan ikan bakar kat umbai ni memang tak sah. harga yang dikenakan pun memang berpatutanlah aku kira sebab makan untuk 6 orang dengan ikan besar dan menu yang pelbagai tidak melebihi rm200. best kan?

malam tu kami pulang ke hotel dengan perut yang kenyang dan hati yang gembira. =)



*credit to a.am dan madi. korang memang best!

1 comment:

  1. ohh..cool...aku x penah lagi g a famosa waktu mlm...
    ps:lawak ko x jumpe a famosa tu...hahaha

    ReplyDelete