Assalamualaikum...
"bersaksikan bulan terang, aku bersaksi engkaulah yang aku sayang" kata-kata (jiwang) yang sering diungkap ini menunjukkan betapa indahnya kehidupan di dunia ini. kebanyakan orang terutama muda-mudi mentafsirkan kebahagiaan menjurus kepada kehidupan berkasih.
betulkah bahagia? ya... mungkin bahagia tapi sampai bilakah ianya akan bertahan dan sejauh mana ianya akan berkekalan? ish... pelik-pelik pula ayat aku ni. tak apalah, tapi kalau inilah kebahagiaan yang dicari-cari, maka aku yakin kebahagiaan itu tidak akan berkekalan.
kebahagian sebenar akan hadir bila ianya dicari. bukan pada percintaan manusia tetapi berusaha mencari Allah. kenalilah Allah dan ingatlah Allah. sesungguhnya kebahagiaan bukan pada harta, pada wanita, bukan pada kereta besar dan sebagainya.
oleh itu, seboleh mungkin lepas ni kita cari masa walaupun sekejap untuk mengenali pencipta kita. walau sesibuk mana pun kita, alangkah baiknya kalau segala perbuatan seharian kita itu bersandarkan maha pencipta. insyaAllah bahagia.
oleh itu peliharalah solat, tingkatkan kualiti solat dan kalau boleh berjemaah. aku menulis sekadar sebagai peringatan kat aku sendiri yang sering terumbang-ambing tanpa haluan. bahagia berkasih bersifat sementara, bahagia berharta akan habis juga kelak, tetapi bahagia mencari Allah kekal di dunia dan diakhirat.
carilah Allah... InsyaAllah.... ;p
No comments:
Post a Comment