Saturday, June 5, 2010

tanggungjawab...

Assalamualaikum...

pasangan yang sama cantik sama padan... ;p


kehidupan dengan tanggungjawab bukan suatu yang mudah. tapi setiap insan pasti akan menggalas apa jua jenis tanggungjawab dalam dirinya sama ada tanggungjawab itu besar mahupun tanggungjawab itu sekecil memejamkan mata untuk berehat. hari demi hari berlalu makin lama makin banyak yang perlu aku tempuhi. makin banyak perkara yang memerlukan aku menggalas tanggungjawab.

tahniah aku ucapkan kepada rakan sekelas aku, saudara ahmad mu'az bin mohd redzuan yang telah pun selamat diijab kabulkan pagi tadi di masjid slim river. aku dan rakan-rakan lain telah pun bersama-sama dengan rombongan pengantin lelaki bertolak ke slim river pukul 7 pagi dan tiba di masjid slim river pada pukul 8.40 pagi. perkahwinan yang aku kira meriah itu seakan membawa seribu satu perasaan dan persoalan dalam diri aku ni.

sekarang baru aku sedar yang aku ni sudah pun menghampiri peringkat lewat remaja. semakin hari aku semakin dekat dengan kehidupan 'orang dewasa'. kehidupan yang penuh cabaran, kehidupan bekerja dan kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab. layakkah aku berkahwin? menjaga anak bini, memberi nafkah dan sebagainya?

teringat pula satu pengalaman yang melucukan berlaku pada diri aku pada cuti akhir tahun yang lalu, cuti aku kat ipoh, bekerja. rutin aku pagi-pagi ke kedai mamak makan roti canai dan teh tarik. satu hari anak pemilik restoran tiba-tiba bertanya "abang tingkatan 4 ye? sekolah kat mana?". nak kata aku muda lagi, tak la muda sangat sampai tingkatan 4. persoalannya kat sini adakah raut wajah aku macam budak tingkatan 4? ataupun ini satu petanda aku ni belum layak bergelar 'orang dewasa'? memang tak layak pun... haha¬ biarlah apa orang kata, bila sampai masanya nanti pasti aku akan tempuh juga dan nak tak nak aku mesti bersedia memegang tanggungjawab itu.

apa-apa pun aku memang tabik kat mu'az sebab lafaz akad nikah dibuat sekali sahaja. walaupun kelihatan seperti gelojoh, namun bila tengok mu'az tadi aku yakin walaupun dia kahwin ketika masih belajar namun nampak rasa tanggungjawab itu ada. kahwin bukan perkara 2 atau 3 hari, tapi perkara yang memakan masa bertahun-tahun, sehingga ke anak cucu, bahkan mungkin sehingga ke akhir hayat. oleh itu, keputusan berkahwin bukan satu keputusan yang boleh dibuat main-main. apa yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa agar mu'az dan nisak bahagia sentiasa. insyaAllah...

No comments:

Post a Comment