Tuesday, July 13, 2010

ahlan wasahlan orang baru!!!

Assalamualaikum...

terasa bagai teramat teruja aku rasa bila dengar kakak aku dah pun selamat bersalin ahad lalu. risau juga dibuatnya sebab kakak aku bersalin operate. huhu... tapi Alhamdulillah semua selamat... lahir seorang anak lelaki yang comel kiut miut macam uncle dia (haha...)

pagi tadi kak zura (akak aku la tu) bagi mms gambar anak dia yang terkini, dah berapa hari aku asyik telefon je tanya keadaan kak zura dan anak buah aku yang baru tu. yela... dapat ahli keluarga baru la katakan.


tapi bila aku tanya nama dia, kak zura cakap masih belum ada lagi. siap suruh aku bagi cadangan. apa lagi, antara nama yang aku cadangkan adalah seperti berikut:
1. ahmad thorique
2. baihaqi
3. harith haziq
4. irfan naufal
5. qayyum fahim

memang pening juga nak pilih nama anak ni. tapi terpulanglah kat mak dan bapak budak tu nak bagi nama anak dia apa asalkan yang baik-baik. tapi kalau nama yang pakcik dia cadangkan ni terpilih pun apa salahnya (kembang sekejap). makna yang ala-ala comel, sedap pulak tu di dengar.

hehe... kawan-kawan ada idea ke nak bagi nama anak lelaki yang sedap apa? yang penting nama tu ada makna yang elok dan ala-ala comel gitu... eceh~ ok la nak sambung buat lesson plan ni. teringin nak balik kampung tapi setiap minggu ada je program kat sekolah tu. sabar kak! nanti yudin balik gak... tak sabar nak dukung hero baru haji rosnan ni...;)

7 comments:

  1. nama2 yg ko cdgkan majaoriti ada huruf Q..
    mmg ska huruf Q ke??
    hehe

    ReplyDelete
  2. aah la... aku pun baru sdar... hehe. sebab nama aku pun ada ala2 q gk kot... hik3

    ReplyDelete
  3. bro..
    the 4th 1 is very nice~
    adik syiqa (sbb tktau name lagi) ade rpe abg skit..

    ReplyDelete
  4. bro maman: tu le... bole thn kn... ikot kak zura la... tu cdgn je... hehe

    alin: adam mukhriz... wow~ bole dicadangkan ni... tape nanti akan diusulkn... terima x terima terpulang... hehe

    ReplyDelete
  5. combine 5 choices tu la..sure sedap ^_^

    ReplyDelete
  6. uiks.. cane nk combine smue tu? nseb bek anak laki.. klu anak pmpn jnoh suami nk sbut nama mase akad nikah nti... hehe

    ReplyDelete