Monday, July 12, 2010

siapa suruh jadi cikgu?!

Assalamualaikum...

waktu rehat aku tadi berbual-bual bersama seorang bekas guru sekolah yang sekarang ni dah kerja kat PKG. ingatkan siapa, aku pun tegurlah abang ni untuk kelihatan lebih peramah. bila dah mulakan, memang lama juga kami borak.

siapa suruh jadi cikgu?

keluh abang ni. kerja kat PKG ni memang selalu jumpa cikgu-cikgu. datang nak complainlah banyak kerja, sibuk itu sibuk ini.

ya, memang kerja cikgu susah. kita pun faham... siapa cakap kerja cikgu ni mudah? kita ni cikgu bekerja 24jam. lagi-lagi kalu dah kahwin, perempuan pula. balik rumah dah kena kemas rumah, buat kerja rumah apa yang patut, anak, suami, macam-macamlah. malam buat apa? tu buku murid siapa nak tanda?

mak bapak senang cakap kerja cikgu mudah. memang kalau tengok kerja cikgu 'macam' senang. tapi mental cikgu ni kena kuat. dulu aku kerja askar 3 tahun memang penat. masuk hutan keluar hutan, kena maki macam-macamlah. tapi bila aku keluar jadi cikgu ingatkan dah senang sikit rupa-rupanya lagi penat.

kita ni cikgu bukan penat fizikal, tapi penat mental. macam mana nak bagi budak faham lebih-lebih lagi perangai ibu bapa yang macam-macam. tahu nak salahkan cikgu je.

korang semua ni dah pilih jalan ni, buatlah elok-elok. kepuasan jadi cikgu ni bukan pada wang ringgit atau harta, tapi bila tengok anak-anak murid kita menjadi. jumpa anak murid kat luar mereka tegur. bila ditanya ada yang telah berjaya. Alhamdulillah... itu je.

jadi janganlah putus asa.

tu la antara perkara yang diborakkan abang tadi. banyak lagi dia cerita sampai bab politik pun ada, tapi bila kita fikir-fikirkan balik ada betulnya apa yang abang tu cakap. semoga aku pun mampu menggalas tanggungjawab sebagai guru. berat tau...

4 comments:

  1. sy minat nk jd ckgu tadika.
    teruk jgk ke?
    huhuhu

    ReplyDelete
  2. erm.. cikgu tadika x pasti la... cikgu tadika x bole rht sebelum kol11.30 (tu kalau kat skola... tadika x pasti pulak). tu belum bdk2 berak kncing kt skola... hehe. tp dak kcek cumel2... jgn rsau... xde kje yg snang pun... btol x?

    ReplyDelete
  3. btol2....blum keje nurse lg..huhu

    ReplyDelete