Wednesday, July 7, 2010

cikgu ni kena banyak skill... yeke?

Assalamualaikum...

semakin hari semakin seronok aku kat sk manjoi ni. kelas dah masuk, ajar pun dah pernah. semuanya bagi aku pengalaman baru sebab tempat baru dan persekitaran yang baru. guru-guru semua baik-baik belaka.

semalam memang satu hari yang amat memenatkan bagi aku. waktu pagi aku kelas berjalan seperti biasa. kemudian tukar baju formal dan pergi makan di kantin. tiba-tiba datang pensyarah secara mengejut pula. nasib baik bukan datang nak observe. belum ready encik! hehe...
habis je berjumpa pensyarah, aku sempat duduk di bilik guru, sembang dengan rakan-rakan yang bersama-sama di sini. lebih kurang 10 minit selepas tu aku pergi ke makmal komputer bersama-sama malek, kali ni tengok-tengokkan murid yang memasuki pertandingan robotik dan eureka. kami sebagai penasihat tak bertauliah. hehe...

pukul 12.40 kami bergegas ke bilik mesyuarat. ade mesyuarat post hari kantin. lama juga mesyuarat tu. maklumlah, orang baru ni jangan menyampuk orang-orang lama bercakap. mesyuarat habis pada pukul 1.30 petang.

lepas tu aku dan malek keluar untuk ke bank. sebelum tu singgah kejap kat masjid untuk sembahyang zohor. dalam perjalanan nak ke bank terasa tayar motor tu lain macam je. rupa-rupanya ada macam paku sepanjang 2 cm kat tayar tu. apa lagi, cepat-cepat pam sikit lari pergi ke kedai motosikal. Alhamdulillah, nasib baik sempat. kalau tak mahu je motor tu pancit kat tengah highway.

lepas tu kami kembali ke sekolah, tukar-tukar pakaian balik dan turun ke padang. hari ni pk koko ada meminta kami melatih budak-budak bola sekolah. wah... kena panas aku satu hari. dah lama tak berjemur. seronok ajar budak-budak tu tapi aku tengok ramai di antara mereka sekarang bermain bola tanpa ada kemahiran yang betul-betul mantap (haha... macamlah aku power main bola). pukul 5 lebih baru balik. memang sehari suntuk aku di sekolah...

begitulah perjalanan seorang guru sepanjang satu hari. ni baru sedikit je, kalau guru-guru lama tu tak tahulah macam mana kan. teringat kata-kata seorang pensyarah "menjadi seorang guru tidak semestinya kita perlu menjadi lebih pandai daripada murid untuk mendapat kepercayaan mereka, tetapi kita mesti tahu macam mana nak tackle murid supaya hormat kita". bolehkah aku tackle murid-murid ni untuk enjoy dalam setiap p&p yang aku jalankan? hurm... wondering~:0

2 comments: