Assalamualaikum...
aku ingat lagi pesan seorang pensyarah "kalau pertama sekali masuk kelas, jangan sesekali kamu bagi teka-teki kepada murid-murid. sebab apa, nanti teka-teki je la mereka akan selalu sangat minta teka-teki bila kamu mengajar"
baru-baru ni aku sempat memantau murid-murid yang menyertai pertandingan robotik. tiba-tiba seorang murid ni yang aku gelar makcik (banyak cakap..;p) bertanyakan satu teka-teki yang mudah sebab aku boleh jawab. mungkin kerana tercabar, keesokan harinya murid ini memberi saya sehelai kertas dengan 13 soalan teka-teki.
"apa lagi cikgu, jawablah. penat saya cari teka-teki ni kat buku kanak-kanak."
adeh~ terpaksalah aku menjawab soalan teka-teki tu. kat bawah ni senarai soalan teka-teki dan jawapan yang aku dah jumpa. ada lagi satu soalan yang aku tak tahu apa jawapannya.
1. di petik bukan buah, di dukung bukan anak. (gitar)
2. benda apa kalau sejuk dia cair, kalau panas dia pepejal (telur)
3. negara apa yang banjir dulu baru hujan (bahrain)
4. dalam tembikai ada biji, dalam nenas ada apa? (spongebob... hahaha!!!)
5. kotak apa yang tak boleh diangkat? (kotak penalti)
6. dalam banyak-banyak buah, buah apa yang paling berani? (pisang? sebab jantung dia kat luar)
7. binatang apa yang kurang ajar? (kutu.. sebab duk kat atas kepala)
apa selebihnya ye? aku pun tak ingat sebab kertas tu dah hilang. tapi ada satu soalan yang sampai sekarang aku tak dapat jawapannya. soalannya "negara apa yang paling kurang buat maksiat?" siapa-siapa boleh tolong?
ehehehehe...
ReplyDeletekelakar teka teki nie..
mane la agaknye budak tu carik...
soklan last mmg susah nk jawab...huhu
bdk2 tu cari kat tenet, majalh dll. tu yg die ckpla... huhu
ReplyDelete