Assalamualaikum...
10/10/10... wow memang tarikh yang cantik. tarikh tu pulak jatuh pada hari ini. orang ramai suka untuk meninggalkan sesuatu yang bermakna pada tarikh yang unik ni. ada yang ambil kesempatan hari cuti ni nak berkahwin, keluar dengan kawan-kawan dan tak lupa tulis status "10/10/10" dalam status facebook masing-masing (macamlah orang tak tahu. hehe...)
aku?
haha... satu hari ni aku rasa masa aku banyak habis melayan mata je. pagi sempat join senam seni kat padang polo. setelah sekian lama tak joging kat sana dek kerana kenangan pahit awal tahun yang susah aku nak lupakan. lepas joging terus tidur. bangun untuk sembahyang dan makan. lepas tu tidur lagi. tidur... tidur... tidur. adeh...
ok tak ada apa nak cerita sebenarnya sebab aku banyak tidur je hari ni. tapi aku nak tinggalkan persoalan kat para pembaca semua. renung-renungkan pada tajuk post aku ni... "apa ada pada tarikh?" pandangan anda mesti macam-macam kan... hurm... ok lah, adios!
mood: balajar dslr... huhu
No comments:
Post a Comment