Saturday, October 9, 2010

kesakanan perayaan,.. haha

Assalamualaikum...

Alhamdulillah akhirnya habis juga assignment untuk semester ni. walaupun pada dasarnya belum sepenuhnya sebab BIG belum buat lagi tapi insyaAllah semuanya under control. eceh~ semenjak dua menjak ni aku memang kurang berkesempatan untuk meluangkan masa dengan blog aku. maklumlah sibuk kuliah, assignment, raya dan lain-lain. tapi ternyata pengalaman beberapa hari ni memang sangat bermakna dan rugi kalau aku tak conteng kat blog ni.

kejap nak ingat balik apa yang berlaku sepanjang dua minggu ni...

ok senang baik aku list je perkara yang berlaku.
> bermula dengan kelas ganti hari sabtu sempena hari raya. balik kelas aku dan beberapa orang rakan pergi ke rumah seorang pembantu pra sekolah sk seri kepayang (kak ezzany).

kat rumah kak ezzany... sedap kot kak ezzany masak.
> perjalanan aku bersambung petang tu. beraya kat rumah dua orang rakan sekelas kat kampung gajah. balik sebelum maghrib. agak rushing...

petang pergi ke rumah kawan open house. seronok!
> kemudian hari ahad kami telah pun dijemput untuk ke rumah pensyarah english di IPG kerana telah diadakan majlis rumah terbuka. kami dapat dengan dua orang jejaka cilik muzakir dan mustakim. memang best. pada belah petangnya aku bersama beberapa orang rakan pergi ke rumah terbuka salah seorang tenaga pengajar di sk seri kepayang (praktikum 1) ke majlis rumah terbuka beliau (ustazah emie) memang seronok satu hari beraya.

kat rumah puan suraya. jumpa twin yang sangat comel.
malam sabtu tu kami agak sibuk dengan persiapan untuk pilihan raya kampus. kerja mesti disiapkan sebelum dapat jalan-jalan beraya hujung minggu.

sibuk menyusun slip mengundi... habis pukul 12 mlm... hoho
> baik sekarang kita pergi ke minggu hadapannya pulak. kali ini kami pergi beraya lagi tapi campur dengan dua kelas lagi iaitu F1 dan F5. kesemuanya 7 kereta penuh dan destinasi sekitar taiping. 5 rumah berjaya diredah. jumlah ahli ada dalam gambar (sampai hari ni malas nak kira. haha...)

rumah pensyarah. en radzi

sebelum balik jalan-jalan dulu kat taman tasik taiping
> untuk hari ahadnya pula perjalanan beraya aku masih belum habis. bersama beberapa orang rakan tempat praktikum tempat yang sama, kami menuju ke rumah seorang guru pra sekolah di sksk.

kat rumah kak najah. seronok jugak!
maka dengan itu berakhirlah kisah perjalanan hari raya aku di IPG. memang raya sakan. memang patut aku tulis kat sini sebab sejarah ni mungkin tak akan berulang lagi di masa-masa akan datang. ecey... hehe. 

yang aku tulis kat atas ni kira macam event besarlah yang kami dah buat. tapi kalau nak diikutkan macam-macam perkara lagi berlaku termasuklah kesibukan dengan assignment, pembentangan dan sebagainya. sehinggakan penutup bulan syawal semalam aku masih lagi pergi ke rumah yang buat open house.

tamatlah kisah hari raya SAKAN aku tahun ni. haha... petang ni pun ada rumah terbuka lagi. malam ni pun ada lagi rumah sepupu. Alhamdulillah... murah rezeki aku rupanya. SYUKUR~

No comments:

Post a Comment