Assalamualaikum...
Alhamdulillah... pilihanraya kampus IPG kampus ipoh telah pun selesai pukul 6 petang tadi. setelah penat lelah selama seminggu aku dan rakan-rakan lain sebagai SPR memastikan pilihanraya ini menjadi kenyataan akhirnya hari ini ianya berakhir juga. ternyata jangkaan aku tepat mengenai pemenang. walaupun secara jujurnya aku pun tidak berkenan dengan pemenangnya namun itulah yang di pilih, itulah yang anda pilih, itulah yang kita pilih.
balik rumah bila buka fecebook keluarlah macam-macam spekulasi dan bantahan mengenai keputusan pilihanraya tersebut. ada suara-suara sumbang menyalahkan sesetengah pihak di atas kekalahan tersebut. bagi aku siapa kita nak tentukan pemenang? adakah meletakkan mana-mana calon tertentu itu kita yakin akan beroleh kemenangan? mungkin ya. adakah masa depan kita dengan calon tertentu itu akan lebih baik? ya... jangan terlampau yakin dengan tafsiran akal yang ternyata belum tentu benar salahnya.
ya memang benar persoalan akan timbul bagaimana sebuah institusi pendidikan yang majoritinya melayu islam tetapi mempunyai pemimpin seorang yang berbangsa lain dan bukan islam? aku menulis bukan atas dasar rasis kerana memang sepatutnya kita reflek diri kita dan ukhuwah sesama bangsa kita bangsa melayu, islam. kesedaran dalam kalangan pelatih muslim aku kira sangat rendah. undi rosak siapa? sekadar seronok memangkah tanpa memikirkan akibatnya. setarakah ukhuwah kita kalau nak dibandingkan publisiti dan manifesto manis yang telah ditabur? nah, terimalah balasannya.
pada pendapat aku, perkara ini kita perlu lihat dari sudut positifnya. harapan aku agar sebahagian perwakilan yang beragama islam supaya bangun memartabatkan ukhuwah islamiah antara sesama muslim di IPG kita. sedih aku tengok kawan-kawan yang benar-benar mengharapkan kemenangan namun akhirnya terpaksa akur dengan istilah majoriti. jangan risau kita masih ada NYDP yang aku kira sangat berkaliber dan layak untuk berada dalam jawatan tersebut dan tidak keterlaluan jika aku katakan mungkin lebih layak menerajui tampok pemerintahan di IPG kita berbanding beliau. mungkin akan datang... oleh itu, ikhlaskan hati dan tabahlah menghadapi cabaran yang mendatang. aku yakin anda semua mampu... dengan adanya anda semua aku akan tetap menyokong jpp.
“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” – Hadis riwayat Thobrani
tabahlah anda semua. kami masih ada suara anda dalam jpp...
kepada suara-suara sumbang yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut aku harap agar terimalah kenyataan. bagi aku suara-suara inilah yang seringkali memecah belahkan kita. berhentilah menabur fitnah dan andaian yang palsu dan hanya omong kosong itu. sampai bila nak salahkan orang kalau kesalahan sebenar akan berbalik kepada kita? mengutuk mencaci bangsa sendiri. malu aku tengok. sudahlah... aku muak dengan kata-kata maki itu. aku muak dengan umpatan itu. aku muak...
No comments:
Post a Comment