Thursday, October 14, 2010

bola oh bola...

Assalamualaikum...

ITTC football league (aku pun tak tahu ITTC tu apa) dah pun bermula. lebih kurang macam liga bola sepak IPG la. tanpa disangka-sangka, aku yang semester ni tak pernah pun turun padang sebab kemalasan melanda tiba-tiba nama dimasukkan dalam pasukan GECKO (nama pelik-pelik). bila nama dah ada tak kan nak tolak kan?

jadual perlawanan liga ITTC
perlawanan pertama yang juga perlawanan pembukaan semalam team GECKO bertemu Jteam A. perlawanan bermula agak lewat kerana sedikit masalah yang tak dapat dielakkan. aku yang pada mulanya bertindak sebagai pemain simpanan tiba-tiba terpaksa diserap ke dalam kesebelasan utama pasukan aku. dah la aku datang lambat, tak sempat nak stretching, terpaksa main dan kena jadi sayap kiri. (masa tu aku dah dapat rasa ada benda tak kena akan berlaku)

tak apalah sebab kawan-kawan pun tak berharap apa-apa. nasib kami baik dan kami menang perlawanan pertama dengan agak bergaya mengalahkan lawan 7-1 (aku gol kan dua bijik. yess! nasib~). tapi insiden yang agak memalukan ialah aku tak dapat nak habiskan game pertama sebab kaki aku kejang (kantoi lama tak turun padang). tapi insiden tu jugak buat aku sedar dan ada rasa nak turun padang petang-petang lepas ni. untuk perlawanan-perlawanan yang seterusnya aku harap kita boleh pergi jauh. hehe...

tujuan aku tulis post ni sebab bila bercakap tentang perlawanan bola sepak ni aku mula teringat perlawanan suku akhir piala malaysia antara selangor dan kelantan. aku tak tahulah di mana kesedaran penonton-penonton bola sepak negara kita. aku tak mahu menyebelahi mana-mana pihak walaupun aku orang selangor. aku malu sebab insiden tu berlaku di selangor, membabitkan penonton selangor (negeri maju konon...), melibatkan kecederaan dan malah lebih teruk kematian.

aku tak tahu sumber mana nak dipercayai sama ada akhbar arus perdana mahupun post seorang mamat poyo kat facebook. kalau diikutkan ceritanya kat surat khabar dan berita insiden yang melibatkan kematian tu akibat sesak nafas tapi kalau kat facebook lain pulak ceritanya. kematian adalah disebabkan pergaduhan. aku ada link untuk korang semua baca sendiri dan nilai mengikut perspektif masing-masing. (link 1, link 2) link 1 tu ada sedikit gambar mangsa yang meninggal dunia tu dan link 2 pulak kenyataan mamat poyo yang tengah menunjuk-nunjuk kat awek yang dia tu sangat berani dan macho. (haha... lawak-lawak)

tapi secara keseluruhannya aku kecewa dengan insiden yang berlaku tu. walaupun kita tak tahu mana salah mana betul perkara ni menebalkan lagi kebencian antara sesama rakyat berlainan negeri. (pasal bola je pun. kalau tahap world cup tak apa jugak) kalau aku senang je, jangan percaya sangat khabar angin yang kita sendiri tak tahu sejauh mana tahap kebenarannya. secara jujurnya aku pun terasa agak malu menjadi fans bola sepak selangor bila perkara ni berlaku. moral of the story, jadilah penyokong yang bertamadun bukan jadi penonton yang bodoh!

No comments:

Post a Comment