Saturday, October 30, 2010

umur bertambah atau berkurangan?

Assalamualaikum...

kadang-kadang bila bosan aku suka keluarkan status kat facebook untuk membuat pemantauan (survey). tapi kadang-kadanglah sebab selalunya aku suka mengarut je bila keluar status kat facebook tu. haha...

semenjak dua menjak ni aku rasa macam hari-hari aku ni panjang sangat sebab memang tak buat apa. banyak masa aku habis kat depan netbook baca entri baru dalam blog orang (aku je malas keluar post baru), tengok artikel-artikel baru laman web ustaz-uztaz yang best, blogwalk dan facebooking. ikutkan hati aku memang nak balik rumah je sementara nak tunggu exam minggu depan. tapi "commitment to the game" la katakan.

kalau nak diikutkan musim-musim exam ni kenalah struggle sikit baca buku tapi entahlah mood exam aku tak sampai lagi ditambah pulak dengan jumlah paper exam yang sikit (3 paper je) semester ni.

tiba-tiba beberapa hari ni aku mula terfikir satu perkara.

"umur kita ni bertambah ke berkurang ek?"

untuk mendapatkan jawapannya aku post la status kat facebook "setiap tahun umur kita bertambah ke berkurang?" lepas aku post je status ni adalah dua tiga rakan yang like dan ada juga yang bagi komen masing. ada rakan yang reply gaya main-main pun ada (aku pon selalu tak serius. padan muka! haha...) dan ada jugak yang reply dengan serius.

antara jawapan yang kawan-kawan aku bagi boleh tengok kat gambar bawah ni.

klik untuk tumbesaran


2 komen last tu adik aku dan anak murid aku

melalui survey yang aku dah buat tu (eceh..), ada beberapa orang yang cakap makin bertambah, ada pula yang cakap umur kita semakin berurang dan tak kurang ada yang cakap kedua-duanya sekali. masing-masing dengan alasan masing-masing kenapa mereka memilih sedemikian.

tapi baru-baru ni jugak aku sempat membaca sebuah buku bertajuk "munajat malam: bimbingan lengkap ibadah malam" oleh Yusni A. Ghazali yang dihadiahkan oleh adik junior sekolah aku dulu (ehem2.. i'm still single k) dan dalam buku ni dia cakap pasal umur manusia. sedikit potongan ayat yang aku ambil dari buku ni:

"Saudaraku, ramai ulamak mencela tawa ria secara berlebihan. ini adalah kerana jika manusia dapat merenungi dirinya dan segala amalan perbuatannya, sudah tentu mereka akan menangis. mereka akan memikirkan tentang dosa yang kelak akan dibalas dengan seksaan. Malah semakin hari, dosa semakin bertambah sedangkan umur semakin berkurangan [semakin tua]. Kesempatan untuk berubah dan menghapuskan dosa pun semakin berkurangan..."

kalau ikutkan ayat kat atas ni memang umur kita berkurangan atau nak sedap lagi makin hari makin tua. sedar tak? walau sejauh mana pun korang awet muda, secomel mana pun korang, walaupun kulit korang tegang, walaupun korang hensem/cantik dan sebagainya, hakikat sebenar anda dah makin tua. betul tak? maknanya masa hidup dah kurang. masa nak bertaubat pun berkurangan. masa yang dekat apa? kematian...

jadi aku selaku yang tak berapa pandai berhujah ni pun nak nasihatkan anda semua termasuklah diri aku sendiri supaya sering ingat ni. umur biologi (betul ke?) kita semua memang bertambah tapi hakikat sebenarnya umur kita sebenarnya semakin singkat. kita makin dekat dengan mati dan mati itu pasti. agak-agak mampukah bekalan yang kita ada sekarang ini untuk dibawa ke akhirat kelak? itu kita sama-sama renungkan sendiri. aku menulis atas dasar kesedaran yang tak tahu lagi sampai bila boleh bertahan (biasalah iman manusia ni naik turun). jadi ada kesempatan eloklah aku kongsi betul tak?

apa pulak pandangan korang semua pasal umur kita ek?

10 comments:

  1. Nak mati..tak semestinya tua..cuma kita perlu ingat mati..beramal seper kita akan mati esok.Berkerja seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi.

    ReplyDelete
  2. @Lydia Miza(Aidyl Azim) btol tu lydia... mati x kira masa tapi semakin hari masa kita semakin suntuk. itu pasti. kn? insyaallah kita sama2 beramal...

    ReplyDelete
  3. salam

    sebenarnya umur semakin berkurang tetapi sepatutnya amalan yang semakin panjang dan istiqamah. ada dua perkara yang membunuh manusia, iaitu kesenangan dan masa lapang.

    semoga Allah marahmatimu. salam perkenalan.

    ReplyDelete
  4. @Aniza persoalan umur ni kalau ditanya kepada budak2 mesti akan dijawab bertambah. kalau org2 bsr mgkin kedua2nya. msg2 dgn hujah mereka.. mmg itulah yg sepatutnya. amalan bertambah. bukan dosa bertambah... insyaAllah kita sama2 mencari keredhaan Ilahi.. ameen... salam perkenalan juga..

    ReplyDelete
  5. emm~~ umur itu hanyalah angka.. dan semestinya semakin bertambah... hehe

    ReplyDelete
  6. @suichi umur bukan angka la... umur unit kiraan untuk hayat.. so klu ikut unit umur memang bertambah.. hehe

    ReplyDelete
  7. huhuhu...bertambah sebab no tu naik..yg berkurang tu sikap makin tua mkin mcm budak2..lagi2 yg btl2 dh berumur...nk buang air pon kdg tu kena pimpin g toilet... btl tak?? tu..thats juz my point of view abt that... (^_~):l:

    ReplyDelete
  8. @minna (^_~) semua pndgn sy terima.. hehe. tu la.. mkin kita tua kita makin kembali ke zmn kanak2... ironi...

    ReplyDelete