Friday, November 5, 2010

ku timang-timang tak dapat-dapat... ;p

Assalamualaikum...

tajuk entri aku kali ni tak ada kaitan pun dengan benda yang aku nak cerita sebenarnya. cuma tiba-tiba perkataan timang-timang ni tiba-tiba je terlintas kat dalam benak fikiran aku ni (eceh..). dah agak lama aku tak update blog ni. maklumlah balik kampung membuatkan mood aku terhadap blog ni pun hilang jap.

cuti 5 hari kat rumah memang seronok walaupun aku tak buat apa sangat kat rumah tu. so apa aku buat ialah scan gambar-gambar lama waktu aku kecil dulu. gambar-gambar lama keluarga. waktu tu zaman orang lelaki pakai seluar bell bottom dan yang perempuan pulak tak ramai yang pakai tudung lagi.

tak nak banyak cakap mari aku tunjukkan sedikit gambar zaman aku kecil dulu. tak banyak gambar yang aku boleh upload sebab banyak gambar tak pakai tudung jadi banyak nak kena tapis. kesian mak aku kan. yang ada pun tak pakai tudung tu time budak-budak. ampun bos!

baiklah aku ceritakan sedikit demi sedikit tentang gambar kat bawah ni berdasarkan apa yang aku ingat. kebanyakkannya memang aku tak ingat pun. so enjoy!

aku memang dah lama cari gambar ni. sebab dalam gambar ni aku nampak comel walaupun sedikit seksi (haha... perasan). kalau tak silap aku gambar ni kat rumah nenek aku. dekat je pun lokasinya. sebelah rumah aku yang sekarang ni. bersama sepupu ye. bukan makcik-makcik. yang hisap puting kat bawah tu anak buah aku ye merangkap anak sepupu aku yang pakai baju biru tu. sebelah kanan tu mak aku. masa tu kalau pakai tudung pun macam tu la yang femes pun.

gambar ni pulak sebenarnya gambar yang aku dah potong (crop) sebab kalau nak ikutkan banyak lagi gambar orang kat situ. yang sebelah kiri tu abang aku sebab tu kami pakai baju warna sama. waktu ni gigi susu tengah dalam dilema nak berpisah dengan aku ke tak. gambar ni diambil waktu kenduri potong jambul adik bongsu aku. kenduri potong jambul masyarakat jawa memang meriah ye. ingat lagi siap kena renjis dengan apa entah lepas tu bayi ni akan diayun sambil dialunkan dengan selawat. best!


dua gambar kat atas ni merupakan gambar kenangan waktu aku mula-mula kenal erti menuntut ilmu. peringkat awal aku belajar kat tadika kemas kampung banting, sabak bernam. gambar ni diambil ketika ada konvokesyen tadika kalau tak silap aku. sebab tu pakaian sepesen je. gambar pertama tu merupakan gambar aku bersama-sama kawan-kawan aku kat tadika masa tu. muka kawan-kawan lelaki semua aku boleh cam lagi tapi yang perempuan tu ada masalah sikit.

untuk gambar kedua pula tu merupakan gambar best student tadika masa tu bak kata kawan aku lah. sebenarnya aku lupa kenapa aku tangkap gambar bertiga macam tu. mungkin betullah apa yang kawan aku cakap tu. sebab masa ni aku mana ingat sangat aku ni belajar ke tak. macam banyak main je. hehe... kenangan waktu memang seronok. aku agak ciwek (kuat menangis) kecik-kecik dulu.

gambar ni aku tak tahu dekat mana diambil tapi apa yang aku tahu yang paling kecil berdiri kat depan sekali tu akulah. insan-insan dalam gambar tu terdiri daripada pakcik, makcik-makcik, kakak, abang dan sepupu-sepupu aku belah mak aku. jejaka kacak pakai baju gelap kat belakang tu bapak aku. hensem kan? mak aku pula berdiri kat sebelah bapak aku pakai tudung putih tu. cantik kan? hehe...

baiklah gambar terakhir untuk post kali ni adalah gambar aku sendirian menunjuk simbol 'peace'. waktu ni dah besar sikit dan zaman-zaman nakal aku. zaman ni memang zaman yang sangat best buat aku. banyak perkara yang aku lalui ketika zaman ni. maklumlah duduk kampung kalau tak mandi parit, menggagau ikan, main layang-layang, gasing, mencari ikan laga kat celah nipah dan segala permainan tradisional kat kampung tu kalau tak pernah rasa memang tak sah. seronok sangat masa tu sampai tak tahu nak cerita yang mana satu. mungkin kalau ada masa aku cerita pengalaman ni.

sekian sahaja untuk entri pertama bulan november. ceria-ceria selalu. wassalam...

12 comments:

  1. wuhuuu
    menggamit memori lama btul..hehe

    ~sy da dlte blog lme da..:)

    ReplyDelete
  2. @Allin tu la... bile scan gmba ni teringat cerita kecik2 dulu... sonok2... hehe. la awat delete?

    ReplyDelete
  3. sbb sbb ade sbb la knp dlte..haha
    best pe ingt zmn kcik2 dlu..rse lwak pn ade..
    ngehehehe

    ReplyDelete
  4. rase lawak? ape yg lawak? kecik2 dulu nakal x igt woo.. tp sgt best!

    ReplyDelete
  5. yela..tak sngke dlu kcik2 blh gnas2 main tak hingat dunia..huhu..main ktor2 main masak2 perang2 tu sume ng kwn2..
    skrg sume dh bsr pnjg..:)

    ReplyDelete
  6. kan... hehe. tau xpe bkn pmpn je men msk2... laki pon men msk2 k. siap kne mrh ngn nenek sebab barang msk kt umah kene curik.. haha :l:

    ReplyDelete
  7. @♥ kyu betul tu... zaman kecikla zaman nakal dan zaman yg paling bnyk kenangan...:t:

    ReplyDelete
  8. nostalgic bro, ea ko orang jawa ea

    ReplyDelete
  9. @Sca Ndx tu la.. syok tgk blk gmba2 noltalgic ni.. yup aku org jawa... nyong wong jowo.. hehe. ko jawe gk ke?

    ReplyDelete