Thursday, November 25, 2010

anugerah...

Assalamualaikum...

anugerah atau dengan nama manjanya dalam blog orang panggil award. hehe... tiba-tiba aku kena tag dan dapat award. wahh! award kot. pernah dulu dapat macam ni tapi aku buat tak tahu je. jahat kan? ish3.. baiklah memandangkan tengah cuti dan bosan-bosan kat rumah aku nak menambahkan mood blogging aku yang tengah membara sekarang ni.

terima kasih kepada cik eyka untuk tag tersebut.

tanpa membuang masa lagi, yok kita jawab tag! jap, macam ada yang tak kena dengan award ni. superstar tu! hoho... baik nak jawab kena dalam mood superstar la kan walau aku ni tak la sesuperstar mana pun.




soalan pertama: sila jelaskan kenapa anda suke berblogging?

saya suka berblogging kerana saya suka membaca dan berkongsi. suka kongsi pengalaman saya, suka kongsi info, suka kongsi maklumat, nasihat-menasihati, tolong menolong, bantu-membantu, bekerjasama... haip! dah jangan merepek.

soalan kedua: apakah motif anda tarik follower? anda superstar ka?

tarik follower? saya tak suka tarik follower. tapi saya suka berkongsi. kalau nak follow, followlah. kalau saya tulis tu bermanfaat follow la... nak unfollow pun tak apa (cess.. sampai hati).

soalan ketiga: cerita cikit perangai en.yudin

secara luaran orang tengok saya macam budak baik. tapi sebenarnya saya ni... betullah baik (ok perasan je... ekeke). haa.. tu la perangai saya. suka perasan. haha.. perangai saya kadang-kadang betul kadang-kadang tak betul. yang tak betul tu insyaAllah sedang diperbetulkan. saya suka berkawan!

soalan keempat: pernah terfikir nak masuk magazines.. a.k.a menawarkan blog anda?? kenapa??

uiks.. magazines? jauh sangat tu. dapat berkongsi cukuplah... ada orang nak baca... orang blogwalk singgah jap sebab nak MEMBACA. hehe...

soalan kelima: sila tag blogger lain..

urm.. tag? opps... mak panggil suruh makan malam. kita tag lain kali la ye. ngee~

ok setakat tu je yang mampu aku balas. siapa-siapa nak try jawab tag ni ambil je lah. dialu-alukan ye...

2 comments:

  1. saya suke berbloging sbb saya suke membace...
    statement x leh blah.
    haha

    ReplyDelete
  2. @Mohd Afiq bin Mohd Yusof agaga.. btol pe.. suke membaca la.. klu x aku tdo je x blogging..

    ReplyDelete