Thursday, December 2, 2010

entri awal pagi...

Assalamualaikum...

balik dari tahlil rumah nenek terus menghadap blog. Alhamdulillah baru je selesai mengikuti kenduri tahlil untuk arwah atuk aku. penat jugak terpaksa memandu lewat-lewat malam macam ni. tak apalah bukan selalu.

oleh kerana esok aku mungkin tak berkesempatan untuk mengupdate blog ni, tak salah kalau aku update siap-siap pagi ni. sebab pukul 8 pagi ni aku akan ke kuala lumpur bersama-sama mak bapak dan adik bongsu aku. ada temu janji dengan pihak hospital.

mak aku cakap nak suruh aku  bawa dia jalan-jalan naik lrt. ni la masalahnya. aku ni bukan reti sangat jalan-jalan kl ni. tapi kalau setakat nak pergi jalan masjid india boleh kot. adeh~ kalau mak aku nak sangat jalan-jalan esok terpaksalah aku hello-hello kawan aku yang dah biasa jalan kl ni.

apa-apa pun kita tunggu je esok. demi ibu tercinta, mesti boleh punya! hehe... ok la nak blogwalk jap sebelum masuk tidur. agak mengantuklah jugak ni.

4 comments: