Thursday, December 9, 2010

kembali ke bentuk asal...!

Assalamualaikum...

dah rasa macam superman pulak nak kembali ke bentuk asal. maksud aku kat sini kehidupan aku ketika cuti ni akhirnya kembali seperti sedia kala.

baru sahaja balik dari negeri sembilan menghantar kakak sambil sempat merayau-rayau sekitar negeri sembilan. balik pulak siap tersesat, terlajak dan sebagainya. tapi Alhamdulillah la jumpa jalan pulang.

balik-balik terus cari laptop mencari informasi terkini dalam dan luar negara. eceh! bukan apa dah berapa hari hidup dengan dunia aku je. hehe...

satu berita yang buat aku agak terkejut untuk hari ini ialah mengenai cadangan kenaikan tarif elektrik. adeh~ tak habis-habis cerita naik... itu naik, ini naik. kejap petrol, kejap gula, sekarang elektrik pulak. lepas ni korang semua berhentilah blogging. jap lagi naik pulak bil elektrik kerja mengadap laptop je 24 jam. buang karen je~

dah la malas aku nak cerita pasal benda ni. meluat pulak aku rasa bila teringat muka-muka tu. lagipun masih dalam peringkat cadangan. tapi aku rasa akan dilaksanakan juga lambat laun. yeay!

laporan akhbar: 1 / 2

8 comments:

  1. slmt pulang..
    hihi..
    errmm biasa la tu naik2 nih..
    trkejut la dgr brita td..
    huk3
    kalau elaun pun naik kan best..
    huhu

    ReplyDelete
  2. @Noor Haszwani Yusoff ape sengeh2? hehe... Alhamdulillah slmt smpy... kan? cpt2 matikan laptop.. jgn online smggu. nk jmat letrik pnye psl.. huhu~

    ReplyDelete
  3. errmm dh dpt bygkan kehidupan kt ipg nanti..
    buat mcm sistem asrama..pukul 11 wajib tutup semua lampu..
    haa..tak ke naya tu..
    adehh..

    ReplyDelete
  4. @Noor Haszwani Yusoff aah ek... siannye.. kembali ke sekolahla gamaknye ek..

    ReplyDelete
  5. tak adil kan? semua naik..tapi GAJI x jugak naik²!!

    menci..menci...menci...:r:

    ReplyDelete