Wednesday, December 22, 2010

sukarnya meluahkan sayang...

Assalamualaikum...

"sayang, i love u very stronglah... muahh3x!"

"mak, saya sayang mak. ayah, saya sayang ayah..."

dua ungkapan yang sama namun kepada individu yang berbeza.

kenapa orang sekarang lebih mudah menyatakan sayang kepada kekasih berbanding menyatakan sayang kepada ibu bapa?

berapa kali anda mengucapkan sayang kepada ibu bapa anda berbanding ucapan sayang kepada kekasih?

tak... cuma persoalan yang tiba-tiba terlintas dari benak fikiran aku ni. bukan bermaksud aku dah berpunya. tidak sama sekali.

cuba kita tengok orang putih, boleh dikatakan hari-hari mereka ucapkan sayang kepada ibu bapa mereka. cuba tengok dalam cerita drama mereka, sebelum ke sekolah dapat di lihat anak akan mengucapkan ucapan sayang kepada ibu bapa mereka. belum ketika bersantai menonton rancangan televisyen. Allah... 

"bye mom, bye dad. love you!" biasa di tempat mereka...

lain pulak kita kat malaysia ni. bukan saja tak ucap sayang kepada ibu bapa ketika nak ke sekolah, malah salam pun tidak sesetengahnya. berat sungguh lidah kita nak luahkan kata-kata sayang tu. bukan nak cakap oranglah sebab aku pun lebih kurang je.

"mak/ayah... nak duit belanja. nak pergi sekolah ni."

mana 'sayang'nya? duit nak tapi sayang tak nak. berat... memang berat ungkapan tu.

baiklah, hari ni aku nak menyeru rakan-rakan dan diri aku sendiri supaya lebih berani menyatakan perasaan sayang kita kepada ibu bapa kita. apa salahnya ungkapkan kalimah sayang tu walaupun dalam keadaan bergurau. nescaya akan tersentuhlah hati ibu bapa tu.

"terima kasih ayah.. sayang ayah!"

walaupun seperti membodek sesungguhnya dapat meluahkan 'sayang' tu sudah cukup buat seorang ayah/ibu (sebab tu senang je nak mintak duit poket).

insyaAllah apa yang baik kita sama-sama kongsi. dan yang tak baik tu ambil iktibar. sekian...

6 comments:

  1. hmm..mmg susah la yuyu..kalo tetibe je ckp cmtu msti mak ayah saye pn pelik..tebiat agaknye anak aku ni..-_-
    cmne nk wat tu..

    ReplyDelete
  2. dlu 1st time ckp "i love you" kt mak mmg rse touching btul..mcm nk ngis jer rase..
    tp sbnrnye parents kte akn terharu bl si anak ckp ungkapan mcm tu kat dorang..;-)
    tu pn slah 1 cre nk tunjuk kasih sayang pada dorang..;-)

    ReplyDelete
  3. @PeYra tu la.. cane ek? aku pon mslh sbnrnye ni.. kte syg mk bpk kte tp x pnah ckp.. sbb tu kurg ksh syg.. huhu

    ReplyDelete
  4. lpas tepon msti ckp..love u mak..n mak bls love u 2..n blas blik love u 2,3,4..n mak bls blik..smpi 10 n pas2 mule la ngarut2 smpi x terletak tepon huhu

    ReplyDelete
  5. @Arm_mj yeke.. waa.. sonoknye cmtu.. sy blom lg.. huhu~

    ReplyDelete