Friday, January 7, 2011

semester ini yang kelihatan rileks. rileks sangat ke?

Assalamualaikum...

masuk hari ni bermakna tamatlah minggu pertama untuk sesi interaksi semester baru di ipg. Alhamdulillah... dua subjek untuk dipelajari iaitu bimbingan & kaunseling dan kajian tindakan atau research action dalam bahasa orang putihnya.

senang? ya.. nampak senang tapi taklah semudah yang disangka. untuk subjek bimbingan dan kaunseling tu memang aku tertarik sikit. belajar mengenali orang, mengkaji personaliti dan mengenal diri sendiri. untuk subjek kajian tindakan aku masih blur walaupun sepatutnya aku dah memikirkan tajuk yang aku nak kaji di sekolah kelak.

minggu ni memang macam-macam benda baru berlaku kat aku. kuliah macam biasa je tapi minggu ni jugaklah macam-macam keputusan aku dah buat terutama tentang kehidupan dan masa depan aku. sudah berfikir mengenai simpanan masa depan, tentang kehidupan berkeluarga (ok gatai ye...) dan agak risau dengan masa depan profesion kesayangan aku ni.

moga-mogalah semua dalam keadaan yang baik sahaja. risau sebenarnya dengan situasi sekarang ni tapi kehidupan mesti diteruskan. go go!!

6 comments: