Tuesday, January 4, 2011

semester yang baru bermula...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... hari ni masuk hari kedua aku di ipg untuk semester baru untuk sesi pembelajaran 2011. hari pertama semalam dimulakan dengan slot pengukuhan budaya ipg. kami diberikan sedikit peringatan dan maklumat berkenaan perjalanan sesi p&p tahun ini.

insyaAllah tahun ini nak lebih berdisiplin dalam menyimpan. memikirkan tahun pembelajaran pun dah nak habis dan masa depan yang aku sendiri tak tahu mana arah tujunya, jadi aku telah pun buat skim simpanan dan pelaburan etiqa. rm 100 sebulan... susah ye... disiplin!

p&p akan bermula hari ini. kelas baru yang aku kira lebih mencabar. subjek semakin kurang kepada dua subjek sahaja dan tempoh interaksi dengan pensyarah hanya sebulan. selebihnya pada sesi praktikum selama 3 bulan di sekolah.

harapan aku agar segala perancangan dan perjalanan menuntut ilmu aku untuk semester ini berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya... tahun baru, semester baru, semangat baru, azam baru, status baru dan 'kehidupan' baru.

**waa.... sungguh excited nak habiskan belajar.

9 comments: