Saturday, March 26, 2011

adeh~

Assalamualaikum...

adeh... lama pulak rasanya aku tak update blog ni. ni pun update pinjam broadband kawan. ambil masa sedikit nak update sebab rasa macam dah berhabuk je blog ni.

bukan tak ada benda baru nak cerita tapi memandangkan kemudahan internet yang susah ni memaksa aku tabah je membiarkan keadaan blog aku ni terus macam ni. serius aku rindu nak jadi blogger tegar macam dulu. hehe... tapi ingat solat lagi.. jangan risau..

praktikum dah masuk minggu ke 8. ini bermakna habis je minggu hadapan, kami cikgu-cikgu praktikum ni akan memasuki fasa bulan terakhir praktikum. kebanyakan kawan-kawan semua dah memasuki fasa terakhir penyeliaan. insyaAllah kelemahan akan dibaiki dan kekuatan tu bolehlah dimantapkan lagi.

proposal kajian tindakan pun kebanyakan dah diselia sekali atau dua kali untuk pembetulan dan penambahbaikan. maklumlah minggu depan dah kena hantar. memang pengalaman yang 'best' untuk menyiapkan proposal ni.

minggu depan bolehlah aku rehat-rehat siapkan proposal tanpa memikirkan lesson plan memandangkan minggu depan adalah minggu peperiksaan di sekolah.

ok lah dah tak ada apa-apa nak cerita setakat ni. semoga segala yang dirancang akan berjalan lancar. insyaAllah...

No comments:

Post a Comment